Anwar: Basmi ketirisan dahulu sebelum fikir perkenal cukai baru

October 21, 2025 · Politik

Anwar Ibrahim, menegaskan kerajaan perlu memastikan sistem tadbir urus negara benar-benar bersih dan ketirisan dana awam dapat dibendung sebelum mempertimbangkan untuk mengenakan sebarang cukai tambahan kepada rakyat.

Perdana Menteri mempersoalkan kewajaran mengenakan cukai baharu sekiranya hasil kutipan sedia ada masih tidak diurus dengan berhemah sehingga berlaku banyak ketirisan yang merugikan negara.

“Mengapa kita perlu mengenakan cukai sedangkan hasil yang dikutip selama ini belum dibelanjakan dengan baik?

“Mengapa perlu kita beranggapan bahawa hasil yang telah dikutip itu dibelanjakan dengan sempurna dan tiada kebocoran?” kata Anwar ketika berucap di Forum Ilmu Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini.

Menurut Anwar, kejayaan pihak penguatkuasaan mengembalikan sebanyak RM15.5 bilion dana awam yang diseleweng dalam tempoh dua tahun adalah bukti nyata betapa seriusnya masalah ketirisan yang berlaku.

“Jumlah itu diperoleh daripada aktiviti penyelewengan termasuk penyeludupan, kegiatan sindiket dan kebocoran hasil kerajaan,” jelasnya, sambil menambah bahawa angka tersebut membuktikan ketirisan berlaku secara meluas suatu ketika dahulu.

Namun, Anwar menyatakan rasa hairan kerana masih ada pihak yang memandang enteng usaha kerajaan memerangi rasuah dan penyelewengan.

“Kalau kita ikuti perbahasan di Parlimen, hampir tiada sokongan kecuali daripada penyokong kerajaan, manakala pembangkang pula memperlekehkan usaha ini,” ujarnya.

Anwar turut menegaskan soal moral dan integriti mesti menjadi asas kepada sebarang dasar ekonomi, termasuk percukaian.

Beliau mempersoalkan bagaimana rakyat dan pemimpin sebelum ini membiarkan masalah ini berlarutan selama beberapa dekad.

“Kerajaan tidak boleh mengharapkan rakyat terus menanggung beban tanpa jaminan ketelusan dalam pengurusan kewangan negara,” tegas Anwar.

Sebelum kerajaan menimbang sebarang langkah percukaian baharu, langkah utama yang perlu dilakukan ialah membaiki sistem pentadbiran dan memastikan setiap wang rakyat dibelanjakan dengan penuh amanah dan berhemah.

Berita berkaitan
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
19 jam lalu· Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
20 jam lalu· Isu semasa
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
21 jam lalu· Politik
Jerebu makin teruk IPU Serian cecah 521, Anwar bincang tindakan dengan Sarawak
22 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Fuziah: Jangan gopoh adakan PRU-16 hanya kerana kepentingan politik
September 5, 2026 · Politik
Takiyuddin jawab sindiran ‘masuk PAS masuk syurga’
September 5, 2026 · Politik
Kerajaan bergolak saling menyerang, PAS cadang bubar Parlimen
2 jam lalu · Politik
Muktamar PAS desak lesen judi dihentikan beri kuasa kepada Negeri
2 jam lalu · Politik
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok