Anwar beri kenyataan negara semasa Sidang Kemuncak di Qatar malam ini

September 15, 2025 · Isu semasa

Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan kenyataan negara pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam di sini, malam ini, bagi menyuarakan kecaman keras terhadap serangan udara terbaharu Israel di Doha dan penderitaan kemanusiaan yang berterusan di Gaza.

Perdana Menteri dijangka berucap pada pukul 6 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia) di sidang kemuncak yang dihadiri pemimpin dan wakil negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Anwar tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad malam semalam dan disambut dengan penuh istiadat.

Beliau akan menegaskan semula solidariti Malaysia yang tidak berbelah bahagi dengan rakyat Palestin dan komitmen teguh untuk mempertahankan hak mereka.

“Beliau akan menegaskan semula solidariti Malaysia yang tidak berbelah bahagi dengan Qatar serta komitmen teguh mempertahankan hak rakyat Palestin, selain mengecam kekejaman Israel,” menurut kenyataan rasmi.

Anwar menghadiri sidang kemuncak ini atas jemputan Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani.

Turut mengiringi Perdana Menteri ialah Menteri Luar Mohamad Hasan dan beberapa pegawai kanan.

Sidang kemuncak ini dijangka mengeluarkan satu Kenyataan Bersama yang merangkumi tindakan kolektik serta pendirian bersama mengenai isu Palestin.

Selain itu, Anwar juga dijadual mengadakan beberapa pertemuan dua hala dengan pemimpin negara Islam yang lain sepanjang persidangan berlangsung.

Berita berkaitan
Desakan RCI mafia korporat hanya ‘Drama Politik’ DAP: Ahmad Fadhli
4 jam lalu· Politik
AMK: Kenyataan PM berhubung kesan ekonomi global perlu dipandang serius
March 12, 2026· Politik
Subsidi RON95 dikekalkan walaupun harga minyak dunia tak menentu
March 11, 2026· Isu semasa
Tiada rumah terbuka Aidilfitri tahun ini, kerajaan ambil langkah berjimat: PMX
March 11, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
2,257 pengarah syarikat gagal bayar caruman disekat ke luar negara
4 jam lalu · Isu semasa
Bekalan minyak kekal stabil walaupun berdepan konflik Asia Barat
4 jam lalu · Isu semasa
Stok beras dipertingkat hingga 9 bulan, bekalan mencukupi: Mohamad
4 jam lalu · Isu semasa
Politik stabil tarik minat pelabur asing ke Malaysia
4 jam lalu · Isu semasa
Saksi penting dalang komplot jatuhkan kerajaan berada di luar negara: Polis
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok