Perdana Menteri, Anwar dijadual bertemu Presiden China, Xi Jinping pada Selasa.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Selasa meneruskan hari ketiga lawatan kerja beliau di China dengan dijadualkan menghadiri siri pertemuan penting di Beijing, bagi memperkukuh hubungan strategik dan mengembangkan kerjasama perdagangan antara Malaysia dan China.
Agenda utama beliau adalah kunjungan hormat terhadap Presiden Xi Jinping di Great Hall of the People pada jam 6 petang, yang melambangkan komitmen berterusan Kuala Lumpur dan Beijing dalam memperdalam hubungan dua hala.
Pertemuan ini merupakan kali keempat kedua-dua pemimpin bertemu secara bersemuka, selepas perjumpaan terakhir mereka di Putrajaya ketika lawatan negara Xi pada April lalu.
Selepas pertemuan bersama Xi, Anwar dijadualkan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri China Li Qiang, sebelum menghadiri majlis makan malam khas di Rumah Tamu Negara Diaoyutai yang dihoskan Li bagi meraikan kehadiran beliau.
Menurut Duta Malaysia ke China, Norman Muhamad, majlis makan malam eksklusif itu dianjurkan bagi pihak Presiden Xi dan merupakan satu-satunya acara rasmi sedemikian yang diadakan kerajaan China untuk pemimpin yang melawat negara itu dalam tempoh ini.
Selain pertemuan dengan pimpinan tertinggi China, Anwar turut mengadakan sesi bersama beberapa syarikat dan persatuan industri utama negara itu.
Antara yang ditemui termasuk JD.com, peruncit e-dagang terbesar China yang tersenarai dalam Fortune Global 500 dan memiliki lebih 580 juta pelanggan, serta China Semiconductor Industry Association (CSIA), sebuah organisasi berasaskan kepakaran dan teknologi dalam sektor semikonduktor.
Anwar juga dijadual menghadiri Dialog Perniagaan dan Ekonomi Malaysia–China yang menghimpunkan 180 pemimpin perniagaan dan industri dari pelbagai sektor.
Lawatan rasmi Anwar ke China kali ini turut disertai beberapa anggota Kabinet, termasuk Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz.
Sindiket SMS penipuan guna fake BTS digempur MCMC, seorang ditahan di Johor
Rosmah gagal gugurkan hakim kes solar, mahkamah tolak permohonan
TH sudah laksana 75 peratus syor RCI, komited perkukuh tadbir urus
Anwar hadir program selawat, munajat perdana malam esok
Kes Zara Qairina: Shafie Apdal disabit hina mahkamah, dijatuhi hukuman penjara lima minggu
[VIDEO] Jangan tertipu ‘cium mulut’ BN dan PAS, jangan beri satu undi pun kepada UMNO
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS