Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, dijadualkan tiba di Korea Selatan esok untuk menghadiri Minggu Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2025.
Menurut Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan, Mohd Zamruni Khalid, Malaysia akan menggunakan platform berprestij ini untuk mengetengahkan pendirian negara dalam beberapa isu utama.
“Malaysia akan menekankan kepentingan keterangkuman ekonomi dan kerjasama yang saling menguntungkan. Ia selari dengan aspirasi rantau ini untuk terus berdaya saing,” katanya dipetik laporan media.
Turut diberi penekanan ialah isu pengukuhan rantaian bekalan, memacu pembangunan ekonomi digital, dan mempromosikan kerjasama serantau yang mampan.
Dalam lawatan rasmi sebelum ini, hubungan dua hala Malaysia-Korea Selatan telah dinaik taraf kepada perkongsian strategik.
“Ia bertujuan memperkukuhkan kerjasama dalam industri pertahanan, perdagangan, tenaga, rantaian bekalan dan bidang-bidang lain,” tambah beliau.
Kepentingan APEC kepada Malaysia adalah sangat signifikan.
Data 2023 menunjukkan ekonomi APEC menyumbang RM2.06 trilion, iaitu 78.1 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia.
Daripada jumlah itu, eksport menyumbang RM1.13 trilion, manakala import bernilai RM930 bilion.
“APEC kekal sebagai rakan dagangan utama Malaysia, sekaligus mempamerkan integrasi ekonomi negara yang kukuh dalam rantau ini,” jelas Mohd Zamruni lagi.
Perdana Menteri akan diiringi Menteri Luar, Mohamad Hasan, dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Mesyuarat APEC 2025 dijangka berlangsung dari 31 Oktober hingga 1 November ini, menyediakan ruang bagi para pemimpin ekonomi membincangkan hala tuju perdagangan global dan perkongsian amalan terbaik.
Lawatan kerja ini menandakan kunjungan kedua beliau ke negara itu.
KDN buru individu berprofil tinggi dalam sindiket dadah TUDM
Lebih 40,000 kandungan buli diturunkan, 55 kandungan jelik libatkan kanak-kanak
99.5 peratus sekolah seluruh negara sudah diliputi rangkaian 4G
Kerajaan teliti had umur penggunaan platform permainan dalam talian
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS, pelabur beralih kepada aset selamat
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib