Anwar gesa sekolah jangan sembunyikan kes buli, ia sama seperti melindungi jenayah

October 17, 2025 · Isu semasa

Anwar Ibrahim mengeluarkan amaran tegas kepada pihak sekolah, terutamanya guru besar, agar tidak sekali-kali melindungi sebarang kes buli yang berlaku di dalam kawasan institusi pendidikan tersebut.

Perdana Menteri menegaskan perbuatan menyembunyikan insiden buli, walau kecil sekalipun atas alasan untuk menjaga nama baik sekolah tersebut boleh dianggap sebagai satu jenayah.

Menurut Anwar, antara punca berlarutannya kes buli adalah kewujudan salah faham serta keutamaan yang diberikan untuk menjaga nama baik sekolah melebihi keselamatan dan kesejahteraan pelajar.

“Guru besar, ibu dan bapa perlu beri kerjasama penuh. Kadangkala mereka lebih pentingkan imej sekolah berbanding keselamatan murid,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Jannatul Firdaus, Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Seruling hari ini.

“Kalau ada kes buli yang disembunyikan, ia dianggap sebagai satu kesalahan seolah-olah melindungi jenayah,” tambahnya lagi.

Anwar turut mengakui kecenderungan sesetengah pihak memandang ringan kes buli.

“Buli kecil kalau dibiarkan akan jadi besar. Kita tak menuduh sesiapa tapi ini satu peringatan untuk kesedaran bersama. Jangan kerana nak jaga nama, kita abaikan tanggungjawab,” ujarnya lagi.

Anwar turut menyeru pihak berkuasa seperti polis untuk bertindak pantas terhadap kes-kes buli yang tular di media sosial.

“Polis boleh bertindak segera. Media sosial pun boleh segera. Ini peringatan kepada pihak sekolah – jangan melindungi. Buli kecil pun jenayah juga,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh cabaran mendidik dalam suasana semasa, menyeru keseimbangan antara ketegasan dan hak asasi.

“Golongan liberal dan hak asasi kadang keterlaluan, sampai tak boleh langsung. Jadi, kita perlu pelonggaran dengan syarat yang ketat,” ujarnya.

Berita berkaitan
AMK: GPS, GRS sanggup terima PM daripada PAS?
1 jam lalu· Politik
Belanjawan 2027: Bantuan RM80 bilion lindungi kuasa beli rakyat
6 jam lalu· Isu semasa
Isu perkataan ‘lighad’: Lim Sian See dipanggil polis
6 jam lalu· Politik
Jerebu: KPM pantau situasi, maklumat penutupan sekolah ditambah baik
6 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pindaan akta melibatkan pemandu mabuk dibentang awal tahun depan
October 12, 2026 · Isu semasa
Jordan-Malaysia mahu perkukuh kerjasama pertahanan
1 jam lalu · Isu semasa
Rakyat Malaysia diminta tangguh umrah ke Arab Saudi: Mat Hasan
1 jam lalu · Isu semasa
MCMC turunkan kandungan hina Agong di Threads
1 jam lalu · Isu semasa
Lapangan terbang Riyadh diserang lagi, seorang maut
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok