Anwar hubungi rakan sejawat cari jalan redakan ketegangan Pakistan-Afghanistan

October 19, 2025 · Isu semasa

Anwar Ibrahim, telah mengambil inisiatif untuk meredakan ketegangan yang semakin memanas di antara Pakistan dan Afghanistan dengan menghubungi rakan sejawatnya dari kedua-dua negara lewat malam tadi.

Perdana Menteri semasa panggilan telefon kepada Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif dan Pemangku Perdana Menteri Afghanistan Mullah Mohammad Hassan Akhund menyampaikan kebimbangan mendalam Malaysia mengenai laporan pertempuran di sepanjang sempadan bersama dan menekankan jalan penyelesaian secara damai melalui diplomasi serta perbincangan.

“Saya menegaskan kepentingan untuk mengelakkan konflik berpanjangan yang hanya akan membawa kesengsaraan kepada rakyat serta menjejaskan keamanan rantau ini,” kata Anwar dalam satu hantaran di Facebook.

Anwar turut menyampaikan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa bencana banjir di Pakistan dan gempa bumi di Afghanistan.

Beliau menegaskan komitmen Malaysia untuk terus membantu.

“Malaysia akan terus berdiri teguh bersama Pakistan dan Afghanistan, serta komuniti antarabangsa, dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan dan menyokong segala inisiatif ke arah keamanan,” ujarnya.

Langkah proaktif Malaysia ini selari dengan perkembangan positif apabila kedua-dua negara dilaporkan bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata serta-merta selepas rundingan damai yang diusahakan atas perantaraan Qatar dan Turkiye di Doha.

Usaha damai ini dilihat sebagai satu langkah ke hadapan dalam mengukuhkan kestabilan serantau.

Berita berkaitan
Pemuda PAS ajak rakyat bantah kehadiran Trump pada Jumaat ini
21 jam lalu· Politik
Deepavali: Anwar tekankan kepentingan perpaduan, semangat kekitaan
21 jam lalu· Isu semasa
Anwar bidas pembangkang persenda usaha damai konflik serantau
October 19, 2025· Isu semasa
Pasport Malaysia kedua terkuat di Asia Tenggara, setara AS
October 19, 2025· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Reman suspek tikam pelajar disambung esok: Polis
18 jam lalu · Isu semasa
Arab Saudi tetapkan syarat kesihatan ketat untuk jemaah haji pada 2026
21 jam lalu · Isu semasa
Program NADI MCMC dinobat juara perkhidmatan terbaik di PMR Melaka
22 jam lalu · Isu semasa
KDN siasat salah guna MyKad tebus bantuan SARA: Saifuddin
October 19, 2025 · Isu semasa
ASEAN sepakat tangani isu media sosial: Fahmi
October 19, 2025 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Langkah perangi scam dan buli siber diperhebat, buru pesalah
October 14, 2025
[VIDEO] Selepas dipecat Bersatu jadi dalang SD, Wan Saiful anggap dirinya jadi mangsa
October 14, 2025

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok