Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim mengutuk keras rejim Zionis Israel atas serangan biadabnya yang dilancarkan terhadap enam buah negara dalam tempoh yang singkat, menyifatkannya sebagai suatu tindakan yang agresif dan tidak berperikemanusiaan.
Perdana Menteri berkata kkekejaman itu disokong secara terbuka oleh kuasa-kuasa besar dunia, lantas membiarkan rejim tersebut terus bermaharajalela.
“Satu negara boleh biadab dengan begitu rupa, dalam seminggu dua menyerang enam negara,” katanya ketika berucap pada majlis penutup Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM) 2025 hari ini.
Anwar menambah Malaysia akan terus memperkukuh sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin serta mengutuk keganasan Zionis pada Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam yang akan berlangsung di Doha, Qatar pada Isnin ini (15 September).
Beliau menerima jemputan rasmi daripada Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, untuk menghadiri sidang tersebut bagi membincangkan situasi genting di Palestin, khususnya di Gaza.
Ekoran itu, Perdana Menteri terpaksa menarik diri daripada beberapa acara rasmi yang dijadualkan pada hujung minggu ini.
Menurut laporan media antarabangsa, Israel melancarkan serangan ke atas enam negara dalam tempoh tiga hari, termasuk Qatar, Palestin, Lubnan, Syria, Tunisia, dan Yaman.
Antara serangan tersebut ialah serangan dron terhadap kapal utama Global Sumud Flotilla (GSF) di Tunisia dan serangan udara ke atas Doha dengan alasan kononnya menyasarkan kepimpinan Hamas.
Rizab BNM cecah AS$126.9 bilion
Pelan baharu tangani kos sara hidup dilancar tahun ini: Armizan
Pelabur asing terus beli saham tempatan, aliran masuk cecah RM15 juta
Adam pertahan sekatan perjalanan peminjam PTPTN
Ringgit kekal stabil sekitar paras RM3.94 berbanding dolar: Bernama
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen