Anwar lawat China hari ini, perkukuh hubungan dua hala

August 31, 2025 · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berlepas ke China untuk lawatan kerja empat hari atas undangan Presiden Xi Jinping, bagi memperkukuh hubungan Malaysia–China.

Sepanjang lawatan sehingga 3 September itu, Anwar dijadual menghadiri Sidang Kemuncak Organisasi Kerjasama Shanghai (SCO), majlis memperingati ulang tahun ke-80 kemenangan perang rakyat China menentang Jepun, serta perarakan ketenteraan Hari Kemenangan di Beijing.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata lawatan ini penting kerana Malaysia mahu mengukuhkan hubungan dua hala, bertepatan dengan sambutan Hari Kebangsaan kedua-dua negara dan menegaskan China kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia sejak 2009.

“Perdana Menteri berlepas kira-kira pukul 11 pagi tadi untuk menghadiri beberapa program di lokasi berbeza di China.

“Kemuncaknya adalah di Beijing, 3 Sept ini. Beliau telah mengunjungi China beberapa kali sebelum ini, tetapi lawatan kali ini ialah detik yang amat penting kerana kita mahu memperkukuh hubungan dua hala, khususnya selepas sambutan Hari Kebangsaan kita dan juga bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan China,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Kebangsaan.

Anwar turut dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Qiang, selain menyampaikan ucapan pada SCO Plus Summit pada 1 September.

Ini merupakan kali pertama seorang pemimpin Malaysia dijemput ke sidang kemuncak berprestij itu.

Lawatan tersebut juga akan disertai beberapa menteri kabinet dan memberi ruang kepada Anwar untuk berinteraksi dengan komuniti perniagaan Malaysia dan China.

Pada 2024, jumlah dagangan kedua-dua negara mencecah RM484.12 bilion, iaitu 16.8 peratus daripada keseluruhan perdagangan global Malaysia.

Berita berkaitan
Anwar: Kebebasan mahasiswa mesti diberi sepenuhnya
3 jam lalu· Politik
Cadangan Audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet: Anwar
August 25, 2026· Isu semasa
Anwar: Jadikan ajaran Rasulullah panduan hidup
August 25, 2026· Isu semasa
Anwar rasmi Menara FINAS baharu, industri kreatif masuk fasa baharu
August 24, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Harga petrol tanpa subsidi naik 5 sen
3 jam lalu · Isu semasa
Dua pembantu Najib diperintah bayar RM483,000 kepada pendakwah bebas
7 jam lalu · Isu semasa
RCI Tabung Haji: SPRM tahan bekas pengerusi TH, bekas KSU Perbendaharaan
8 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perketat kawalan platform e-dagang, terima aduan pengguna banyak: Fahmi
11 jam lalu · Isu semasa
KJ mohon mahkamah dedah siapa di sebalik artikel fitnah
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok