Presiden MIC, S.A. Vigneswaran.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, telah menasihati MIC untuk mempertimbangkan semula hasratnya keluar daripada Barisan Nasional (BN).
Perkara itu didedahkan oleh Presiden MIC, S. A. Vigneswaran, mengenai pertemuannya dengan Anwar pada Jumaat lalu yang membincangkan berhubung soal hala tuju parti itu bersama kerajaan Madani dan juga BN.
Vigneswaran mengakuitelah menyampaikan hasrat parti itu untuk meninggalkan BN semasa pertemuan tersebut.
Menurutnya, Anwar yang digambarkannya sebagai seorang yang terbuka dan terus terang, telah meminta MIC meneliti semula keputusan itu memandangkan hubungan lama sebagai rakan gabungan.
“Beliau tanya, saya ceritakanlah apa yang sebenarnya berlaku.
“Bukannya kami nak berunding untuk dapatkan kerusi, kami nyatakan hasrat untuk keluar BN. Jadi beliau meminta MIC untuk fikir betul-betul,” jelas Vigneswaran kepada media selepas Perhimpunan Agung Tahunan MIC ke-79 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) hari ini.
Terdahulu, dilaporkan MIC telah memutuskan untuk menangguhkan keputusan muktamad berhubung status masa depannya dalam BN.
Walaupun usul untuk keluar daripada BN telah diterima dan diluluskan oleh perhimpunan agung, Vigneswaran menekankan keputusan terletak di tangan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti untuk diteliti dengan sewajarnya.
“Perwakilan setiap negeri berhak mengusulkan perkara tersebut, namun keputusannya perlu diteliti CWC terlebih dahulu,” ujarnya.
Mengenai kemungkinan selepas BN, Vigneswaran menyatakan pihaknya terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti, dengan kemungkinan menjalin hubungan dengan Pakatan Harapan (PH), sambil mengecualikan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).
RCI Tabung Haji ditubuh ketika UMNO berkuasa, kenapa dipersoal sekarang? – Mahfuz
Bersatu Melaka terbuka kerjasama dengan PH hadapi PRN
PRN Melaka: Amirudin diberi amanah teliti kerjasama PH-BN
Mahu jawatan PM, UMNO perlu bersama dengan PN: PAS Selangor
Akmal sahkan Pemuda UMNO akan hadir Muktamar Pemuda PAS
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri