Anwar nyatakan pendirian kepada PM Pakistan sokong dialog demi keamanan Asia Barat

May 27, 2026 · Isu semasa

Malaysia menegaskan pendirian segala konflik di Asia Barat perlu diselesaikan menerusi dialog, diplomasi dan pendekatan damai bagi memastikan kestabilan serantau terus terpelihara.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dibangkitkan ketika perbualan telefon beliau bersama Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, yang turut menyentuh perkembangan hubungan antara Iran dan Amerika Syarikat (AS).

Menurut Anwar, kedua-dua pemimpin membincangkan pelbagai isu serantau selain usaha memperkukuh hubungan dua hala yang sekian lama terjalin erat antara Malaysia dan Pakistan.

“Saya turut menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada beliau serta rakyat Pakistan, dengan harapan semoga semangat pengorbanan dan persaudaraan terus memperkukuh keamanan dan kesejahteraan ummah,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata perbincangan turut menyentuh perkembangan positif rundingan antara Iran dan AS, termasuk isu berkaitan pembukaan semula Selat Hormuz yang disifatkan penting kepada kestabilan perdagangan global serta keselamatan rantau Asia Barat.

“Saya menyatakan penghargaan Malaysia terhadap peranan Pakistan dalam usaha pengantaraan berterusan serta kesediaannya menjadi tuan rumah bagi rundingan seterusnya,” katanya.

Selat Hormuz merupakan laluan perkapalan utama dunia yang mengendalikan sebahagian besar eksport minyak mentah global.

Sebarang ketegangan di kawasan itu sering memberi kesan kepada harga minyak dan ekonomi dunia.

Pada masa sama, Anwar dan Shehbaz turut menyuarakan kebimbangan terhadap kekejaman berterusan rejim Zionis Israel di Palestin dan Lubnan.

“Kami juga berbincang mengenai kepentingan masyarakat antarabangsa bersuara dan mengambil langkah tegas untuk menghentikan keganasan dan kekejaman Israel terhadap orang awam di Gaza dan Lubnan,” katanya.

Malaysia sejak sekian lama konsisten menyokong perjuangan rakyat Palestin dan menolak sebarang bentuk keganasan terhadap orang awam.

Kuala Lumpur juga aktif menggesa masyarakat antarabangsa memainkan peranan lebih tegas dalam menghentikan konflik di Gaza yang terus meragut ribuan nyawa.

Anwar berkata hubungan Malaysia dan Pakistan akan terus diperkukuh berasaskan semangat persahabatan, saling menghormati serta komitmen bersama terhadap keamanan sejagat.

“Hubungan Malaysia-Pakistan akan terus diperkukuh demi manfaat bersama dan kepentingan keamanan dunia,” katanya.

Berita berkaitan
AMK bidas PAS kritik program korban PM sebagai tak matang
1 jam lalu· Politik
PKR masih kukuh, rekod keahlian kini lebih sejuta: Fahmi
11 jam lalu· Politik
Kerajaan sedia peluang kerja baharu untuk rakyat terjejas: Anwar
May 26, 2026· Isu semasa
RON95 kekal termurah RM1.99, bekalan diesel stabil hingga Julai: PMX
May 26, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Harga petrol, diesel turun mulai esok
1 jam lalu · Isu semasa
Azam baki pertimbang saman fitnah terhadap Albert Tei
11 jam lalu · Isu semasa
Polis belum ambil keterangan Na’imah, dua anak masih di luar negara
May 26, 2026 · Isu semasa
37 sesi libat urus dijalankan MCMC bagi perkukuh keselamatan dalam talian
May 26, 2026 · Isu semasa
BDR penjawat awam berjaya jimat lebih RM4 juta subsidi petrol
May 26, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok