Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai

September 4, 2026 · Politik

Pakatan Harapan (PH) terbuka terhadap cadangan supaya Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) diadakan lebih awal sebelum penggal Parlimen berakhir pada Februari 2028.

Pengerusi PH, Anwar Ibrahim, berkata keputusan membubarkan Dewan Rakyat berada di bawah prerogatif Perdana Menteri, sebelum perkara itu dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim apabila tiba masanya.

Beliau bagaimanapun berkata, fokus Kerajaan MADANI ketika ini adalah memastikan kesejahteraan rakyat terus diperkukuh selain usaha membersihkan negara daripada rasuah dan salah guna kuasa.

“Bagi saya fokus ini yang penting. Tambahan, kerajaan ketika ini masih stabil. Jadi, kita tumpu yang ini terlebih dahulu,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat dan solat sunat jenazah di Masjid Bukit Indah, hari ini.

Menurutnya, mereka yang menjalankan tanggungjawab dengan amanah tidak seharusnya bimbang dengan tindakan agensi penguat kuasa dalam membanteras salah laku.

“Jangan gusar, orang yang amanah dan bersih, tidak harus takut dengan langkah diambil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis Diraja Malaysia atau Lembaga Hasil Dalam Negeri.

“Kita tak boleh terus biarkan keadaan sekarang,” katanya.

Perdana Menteri turut mengakui beliau sendiri berdepan tekanan susulan langkah kerajaan memperkemas pengurusan serta menangani isu rasuah dan salah guna kuasa.

“Saya tahu kerana saya pun ada hadapi beberapa tekanan dan cadangan, tetapi saya ambil keputusan seperti disampaikan pada mesyuarat Jemaah Menteri, kelmarin, iaitu kita dapat mandat mentadbir, urus dengan baik, bersihkan negara daripada amalan rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan PRU-16 diadakan lebih awal berbanding tarikh pembubaran secara automatik.

Cadangan itu membuka perbincangan mengenai kemungkinan pilihan raya diadakan sebelum tempoh maksimum Parlimen berakhir, ketika kerajaan masih mempunyai ruang untuk menentukan masa pembubaran Dewan Rakyat.

Berita berkaitan
Penjimatan negara membolehkan hasil dipulangkan kepada rakyat: Anwar
8 jam lalu· Isu semasa
Belanjawan 2027: Bantuan rakyat perlu disusuli peningkatan pendapatan
8 jam lalu· Politik
Anwar hargai bantuan Mesir permudah salur bantuan Malaysia ke Gaza
11 jam lalu· Isu semasa
Akmal kecam sindiran Eric See-To terhadap istilah ‘lighad’, jangan perlekeh al-Quran
15 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Zahid tak akan benar usul gugat MB Negeri Sembilan
8 jam lalu · Politik
PKR lapor polis isu sindiran ayat al-Quran oleh Eric See-To
13 jam lalu · Politik
PN sasar lebih empat kerusi di Melaka hasil rundingan dengan UMNO: Tuan Ibrahim
October 9, 2026 · Politik
Adly kritik Akmal, dakwa main sentimen kaum dan agama
October 9, 2026 · Politik
Mat Sabu: Jadikan krisis Negeri Sembilan pengajaran buat pengundi PRN Melaka
October 9, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok