Anwar tak layan cabaran Rafizi, fokus tangani isu rakyat

April 10, 2026 · Politik

Anwar Ibrahim memilih untuk tidak melayan cabaran terbuka oleh bekas timbalannya, Rafizi Ramli, yang menggesa supaya beliau dipecat daripada PKR jika didapati melanggar perlembagaan parti.

Sebaliknya, Perdana Menteri menegaskan keutamaannya kini tertumpu kepada isu lebih besar melibatkan negara, khususnya ekonomi yang berdepan pelbagai cabaran global dan domestik.

“Tak apalah, isu ekonomi negara lebih serius berbanding masalah peribadi,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Nurussaadah, Ampang.

Kenyataan itu hadir susulan tindakan Rafizi yang mencabar kepimpinan PKR mengambil tindakan tegas terhadapnya selepas menerima surat tunjuk sebab terbaharu daripada Lembaga Disiplin parti bertarikh 9 April.

Dalam maklum balasnya di media sosial, Rafizi berkata beliau bersedia menerima sebarang keputusan, termasuk pemecatan, jika didapati bersalah.

“Jika penjelasan saya itu dikira melanggar perlembagaan parti, maka ambillah tindakan memecat seperti yang dikenakan kepada anggota lain sebelum ini,” katanya, sambil menambah rakyat sudah “mual” dengan polemik berpanjangan itu.

Kontroversi ini bukan kali pertama melibatkan Rafizi sejak kebelakangan ini.

Pada Februari lalu, beliau mendakwa wujud tekanan daripada parti agar beliau meninggalkan PKR, sekali gus membuka kemungkinan kerusi Parlimennya dikosongkan di bawah undang-undang antilompat parti.

Isu itu timbul selepas PKR sebelum ini mengeluarkan surat tunjuk sebab yang mendakwa Rafizi seolah-olah mengisytiharkan keluar parti apabila menyatakan hasrat bertanding dalam pilihan raya umum akan datang tanpa menggunakan tiket PKR.

Dalam perkembangan terbaru, Pengerusi Lembaga Disiplin, Zainol Samah, turut menyatakan Rafizi didakwa berulang kali mengeluarkan kenyataan negatif terhadap parti dan presidennya, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai disiplin dalaman parti.

Berita berkaitan
Tak dicalonkan dalam PRN bukan alasan sabotaj parti: Aminuddin
2 jam lalu· Politik
Anwar dakwa sikap tak sabar punca PRN Negeri Sembilan terpaksa diawalkan
2 jam lalu· Politik
PKR bidas tindakan MP Petaling Jaya letak jawatan dalam parti
6 jam lalu· Politik
Fahmi kesal MP Petaling Jaya letak jawatan MPP PKR secara terburu-buru
12 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Rumah Jamal disita: 14 barang akan dilelong 22 Jun
6 jam lalu · Politik
Bila Samsuri nak lantik Pengerusi PN Negeri Sembilan, PRN dah dekat: Sanjeevan
11 jam lalu · Politik
DAPSY bidas UMNO Johor, dakwa bersikap hipokrit
12 jam lalu · Politik
Anwar gesa semua parti patuhi etika kempen PRN Johor, Negeri Sembilan
12 jam lalu · Politik
PAS bakal umum kerjasama dengan Hamzah selepas ‘ceraikan’ Bersatu
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok