Apa yang berlaku dalam Bersatu juga beri kesan kepada PN: Naib Presiden PAS

November 5, 2025 · Politik

PAS menyuarakan harapan agar krisis dalaman di dalam Bersatu dapat diselesaikan dengan segera bagi mengelak kesan negatif kepada imej dan perpaduan Perikatan Nasional (PN), khususnya ketika persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sedang giat dijalankan.

Naib Presidennya, Mohd Amar Nik Abdullah berkata apa jua yang berlaku dalam satu parti komponen PN akan memberikan kesan langsung kepada seluruh gabungan.

Beliau mengakui kemelut dalam Bersatu sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada parti-parti lain dalam PN, termasuk PAS

“Sebab kita duduk dalam PN. Apa yang berlaku dalam PAS atau Bersatu akan memberi kesan kepada semua.

“Kalau bagus, baguslah, kalau tidak bagus, maka kesannya juga tidak bagus. Itu kita tidak nafikan,” katanya dipetik laporan media selepas sidang media pejabatnya di Kompleks Kota Darulnaim.

Mohd Amar menegaskan PAS sengaja mengambil pendekatan berhati-hati dan tidak ingin mengulas secara terbuka atau memperpanjangkan isu dalaman rakan gabungannya itu.

Menurutnya, penyelesaian terbaik perlu dicari secara dalaman dan tertutup.

“Kita tidak tahu sejauh mana serius masalah itu, namun ia perlu diselesaikan dalam parti, bukan di luar – umpama ‘suani isteri bergaduh’,” ujarnya dengan menggunakan analogi bagi menggambarkan sensitiviti situasi tersebut.

“Dalam keadaan rakyat meletakkan harapan besar kepada PN, kita mesti pastikan kita kemas, tidak ada masalah, dan boleh bergerak dengan padu,” tambahnya lagi.

Kenyataan ini disuarakan susulan laporan media semalam yang memetik Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, mengumumkan semua Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) bersetuju untuk menghentikan kemelut dalaman bagi mengukuhkan perpaduan dan kekuatan parti menjelang PRN Sabah, selepas satu mesyuarat khas diadakan.

Berita berkaitan
Dakwaan tawaran AS jatuhkan kerajaan: Polis terima 12 laporan terhadap Hadi
5 jam lalu· Politik
Mahfuz: PAS jangan jadikan syurga sebagai umpan undi
7 jam lalu· Politik
Bukit Aman hubungi Hadi dakwaan AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan Malaysia
10 jam lalu· Politik
AS nafi campur tangan, AMK desak Hadi tampil dengan bukti
11 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PRN Melaka makin dekat, DUN bubar dua Jumaat lagi Rauf beri bayangan
11 jam lalu · Politik
Dakwa kuasa asing terlibat, kenapa tak lapor polis soal ketua AMK
12 jam lalu · Politik
Tiada retak dalam hubungan PH-BN, kerajaan masih utuh: Chang Lih Kang
12 jam lalu · Politik
PRU-16 awal: AMK dakwa UMNO mahu beri laluan PAS jadi PM
14 jam lalu · Politik
Isu campur tangan AS, PKR Setiawangsa buat laporan polis terhadap Hadi
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok