Kesan krisis bekalan global dijangka dirasai sebulan dua lagi: Tengku Zafrul

May 1, 2026 · Isu semasa

Kesan krisis bekalan global terhadap kos sara hidup dijangka mula dirasai rakyat Malaysia dalam tempoh satu hingga dua bulan lagi, kata Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata perkara ini didorong oleh peningkatan kos dalam rantaian bekalan termasuk logistik, baja serta input industri lain.

“Berdasarkan kajian dan analisis yang dijalankan, kesan ini akan memberi impak kepada harga makanan dan barangan harian, walaupun kenaikannya mungkin tidak begitu ketara pada peringkat awal,” katanya selepas mengadakan tinjauan ke Pasar Taman Muda, hari ini.

Tengku Zafrul berkata antara sektor yang dijangka terkesan terlebih dahulu ialah logistik, diikuti pertanian serta industri yang bergantung kepada bahan mentah seperti plastik.

Beliau berkata situasi itu merupakan kesan daripada gangguan rantaian bekalan global yang bukan sahaja memberi tekanan kepada harga minyak, tetapi turut melibatkan kos input pengeluaran dan pengedaran.

Mengenai tinjauan di pasar tersebut, Tengku Zafrul berkata setakat ini kesan terhadap harga bahan mentah masih belum ketara, namun terdapat tanda awal seperti kenaikan kos bahan pembungkusan seperti plastik.

Bagaimanapun, beliau berkata keadaan dalam negara masih terkawal berikutan subsidi bahan api yang membantu mengekang kos pengangkutan, sambil mengingatkan rakyat supaya lebih berhemah dalam penggunaan tenaga termasuk bahan api. – Bernama

Berita berkaitan
Isu jalan luar bandar: Zafrul sindir ada pihak guna cybertrooper Vietnam
5 jam lalu· Politik
Putrajaya lulus hampir semua projek pembangunan Kelantan: Menteri Besar
16 jam lalu· Politik
Industri kreatif sumbang RM130.7 bilion kepada ekonomi negara
October 29, 2026· Isu semasa
Ekonomi Malaysia kukuh, ringgit dijangka cecah RM3.97: Hong Leong Bank
October 26, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Polis siasat wanita didakwa kasari dua kanak-kanak di pusat beli-belah: Bernama
6 jam lalu · Isu semasa
Isu curi kandungan, Fahmi minta buat laporan kepada Majlis Media
6 jam lalu · Isu semasa
RM259.5 juta tunggakan projek luar bandar perlu dilunaskan: Zahid
13 jam lalu · Isu semasa
Dana kerajaan mesti sampai kepada rakyat, bukan bocor: PMX
13 jam lalu · Isu semasa
25 aduan petrol bercampur air di Perak: KPDN
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
16 jam lalu
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok