Armada Bersatu tolak cadangan naik gaji Ahli Parlimen dibuat wakil PKR

May 16, 2025 · Politik

Armada Bersatu membantah cadangan dibuat oleh wakil kerajaan supaya gaji Ahli Parlimen dinaikkan baru-baru ini.

Bantahan Armada Bersatu itu dibuat susulan kenyataan Ahli Parlimen Subang dari PKR, Wong Chen yang meminta gaji wakil rakyat dinaikkan, namun cadangan itu dilihat tidak bertepatan dengan dengan keperluan semasa negara dan realiti rakyat kebanyakan.

Penolong Setiausaha Armada Bersatu, Mohd Fahim Mohd Farid berkata, cadangan itu juga disifatkan tidak logik ketika negara sedang berdepan tekanan kos sara hidup yang amat membebankan, harga barang melambung, subsidi disasar, cukai diperluas dan peluang pekerjaan tidak stabil.

Sebaliknya, tambah beliau, isu sebenar yang sepatutnya menjadi fokus adalah ketidaksaksamaan dalam agihan peruntukan Ahli Parlimen.

Dakwanya, Ahi Parlimen kerajaan ketika ini menerima sebanyak RM3.8 juta setahun peruntukan kawasan; RM300,000 setahun peruntukan pengurusan pejabat (outgrant) serta akses kepada pelbagai kemudahan dan sokongan kerajaan.

Namun, ujarnya, Ahli Parlimen pembangkang pula tidak menerima satu sen sekalipun, dengan semua urusan pejabat, khidmat rakyat dan program komuniti digerakkan sendiri tanpa bantuan rasmi kerajaan.

“Perlu juga diingat bahawa majoriti Ahli Parlimen Perikatan Nasional mewakili kawasan majoriti Melayu, iaitu komuniti yang kini paling terkesan dengan tekanan ekonomi dan keperluan asas.

“Namun, peruntukan terus disekat bukan kerana gagal bekerja, tetapi hanya kerana mereka pembangkang,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Mohd Fahim turut menggesa sebarang perbincangan untuk menaikkan gaji Ahli Parlimen perlu dihentikan dalam keadaan rakyat masih dihimpit kesusahan.

“Perkukuh institusi Parlimen dengan reformasi menyeluruh, bukan sekadar pindaan akta bersifat kosmetik yang mengekalkan ketidakadilan.

“Jangan bercakap soal gaji jika tanggungjawab dan keadilan kepada rakyat pun masih belum ditunaikan,” katanya.

Berita berkaitan
Bersatu dakwa PAS yang rosakkan PN, desak jawab aduan RoS
October 6, 2026· Politik
Bersatu didakwa mahu lumpuhkan PN menjelang PRN Melaka: Takiyuddin
October 6, 2026· Politik
Bersatu guna logo sendiri, sedia bincang kerjasama di Melaka
October 5, 2026· Politik
Lee Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya disahkan kosong
October 5, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PH umum calon PRN Melaka minggu depan
14 jam lalu · Politik
Kemelut Exco: MB Negeri Sembilan minta selesaikan satu-satu
14 jam lalu · Politik
DNAA: Zahid, AG dapat kebenaran cabar semakan kehakiman Badan Peguam
20 jam lalu · Politik
Aminuddin terkejut 10 Exco saman kerajaan Negeri Sembilan
22 jam lalu · Politik
Isu RM2.1 bilion KKDW: Akmal persoal laporan Guan Eng kepada SPRM
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok