ART Malaysia-AS masih dalam rundingan: PMX

January 20, 2026 · Isu semasa

Malaysia belum mengemukakan sebarang pemberitahuan bertulis kepada Amerika Syarikat (AS) berhubung Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) kerana kandungan perjanjian itu masih dalam fasa rundingan dan belum dimuktamadkan.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata kerajaan masih mempunyai ruang dan masa untuk meneliti pengisian ART sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat.

Menurut beliau, perjanjian berkenaan juga belum berkuat kuasa kerana tarikh akhir untuk dimuktamadkan masih belum ditetapkan.

“Kita masih di peringkat rundingan. Bila ada perjanjian, biasanya akan ditetapkan tarikh akhir. Setakat ini, ia belum sampai ke tahap itu,” katanya ketika menjawab soalan tambahan pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjelaskan perkara itu selepas ditanya sama ada Malaysia sudah menghantar notis bertulis kepada AS berkaitan ART.

Anwar turut memaklumkan telah berhubung dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri serta beberapa saluran lain, termasuk Wakil Perdagangan AS, bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

“Ada jaminan yang diberikan dalam mesyuarat dan direkodkan, tetapi kita berpandangan lebih baik jaminan itu dibuat secara bertulis atau dimasukkan sebagai lampiran perjanjian.

“Perkara ini masih belum dimuktamadkan,” katanya.

Isu ART kembali menjadi perhatian selepas Jabatan Peguam Negara sebelum ini memaklumkan Malaysia mempunyai hak untuk menamatkan perjanjian itu pada bila-bila masa melalui pemberitahuan bertulis, selaras dengan peruntukan Perkara 7.5 ART, tanpa memerlukan persetujuan AS.

Langkah itu, menurut AGC, bertujuan melindungi kedaulatan dan kepentingan negara.

Pada masa sama, Anwar memberi jaminan kerajaan masih boleh mencadangkan penambahbaikan, penyesuaian atau penjelasan terhadap beberapa klausa dalam perjanjian tersebut.

Katanya, perkara itu akan dibincangkan di peringkat Jemaah Menteri.

“Penguatkuasaan belum berlaku kerana masih ada ruang untuk jawab balas dan tiada jadual tamat ditetapkan,” katanya.

Untuk rekod, ART 2025 ditandatangani antara Malaysia dan AS pada 26 Oktober lalu, bersama perjanjian mineral kritikal, sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur.

Perjanjian itu antara lain menurunkan kadar tarif purata daripada 25 peratus kepada 19 peratus serta memperluas akses pasaran bagi eksport utama Malaysia.

Berita berkaitan
Perangi rasuah bukan mudah, berdepan tentangan pelbagai pihak: PMX
22 jam lalu· Politik
Mat Sabu hanya suarakan pandangan, bukan sindir sesiapa: Anwar
23 jam lalu· Politik
Kerajaan pusat dan negeri sepakat tangani cabaran ekonomi: Anwar
June 23, 2026· Politik
Johor perlukan kerajaan negeri sehaluan Putrajaya: Amanah
June 23, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Malaysia terus kukuh antara negara paling aman dunia
June 25, 2026 · Isu semasa
IPTA terima kemasukan pelajar berdasarkan merit, tiada pintu belakang: Adam Adli
June 25, 2026 · Isu semasa
Parlimen bebas bahas, undi calon pendakwa raya: Azalina
June 25, 2026 · Isu semasa
Kuota 200 liter RON95 cukup untuk hampir semua pengguna: Amir Hamzah
2 jam lalu · Isu semasa
Ahli NGO didakwa cuci wang hampir RM18 juta, beli banglo dan kenderaan mewah
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok