AS iktiraf negara sebagai rakan dagang, kepentingan negara tak tergadai: Tengku Zafrul

August 4, 2025 · Isu semasa

Malaysia tidak menggadaikan kepentingan negara dalam rundingan perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS), tegas Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menjelaskan pentadbiran Presiden, Donald Trump mengiiktiraf Malaysia sebagai rakan dagang utama yang penting dengan AS dan rundingan perdagangan yang dijalankan sebelum ini masih mengekalkan keunikan dasar negara.

“AS memberikan Malaysia kadar yang setara kerana pengiktirafan terhadap kepentingan Malaysia sebagai rakan dagang utama, serta keupayaan Malaysia menawarkan komitmen perdagangan dan pelaburan yang berkualiti, walaupun tanpa perlu membuka sepenuhnya semua sektor.

“Malaysia juga membuktikan kedudukan penting sebagai negara yang stabil, berdaya saing dan dipercayai dalam rantaian bekalan global,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian pada sesi penerangan menteri mengenai rundingan perdagangan timbal balas dengan AS.

Tengku Zafrul berkata pencapaian kadar baharu itu membuktikan kalangan negara membangun seperti Malaysia boleh mendapatkan akses dagangan antarabangsa tanpa perlu tunduk kepada tekanan liberalisasi mutlak.

“Model ini juga memberi contoh kepada negara serantau bahawa ‘red lines’ boleh dipertahankan jika negara jelas dengan nilai, strategi, dan komitmen yang ditawarkan,” katanya.

Pada 1 Ogos lalu, kadar tarif baharu untuk Malaysia diumumkan sebanyak 19 peratus, iaitu penurunan enam peratus daripada kadar yang diumumkan pada 7 Julai.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata Malaysia dan AS dalam proses untuk mencapai persetujuan terhadap satu Kenyataan Bersama yang merangkumi hasil rundingan serta komitmen yang telah dipersetujui bersama.

“Kenyataan berkenaan akan diterbitkan dalam masa terdekat. Kedua-dua pihak juga akan meneruskan perbincangan mengenai perincian Perjanjian Perdagangan Timbal Balas yang perlu dimeterai bagi memastikan semua komitmen dilaksanakan,” katanya.

AS ialah destinasi eksport terbesar Malaysia dengan nilai eksport RM198.65 bilion dan menjadi antara sumber pelaburan asing utama Malaysia bagi 2024 berjumlah RM32.82 bilion.

Berita berkaitan
Anwar mahu BRICS lindungi kepentingan negara membangun
September 13, 2026· Isu semasa
Bukit Aman hubungi Hadi dakwaan AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan Malaysia
September 7, 2026· Politik
AS nafi campur tangan, AMK desak Hadi tampil dengan bukti
September 7, 2026· Politik
Pulau Pinang, Johor dan Selangor pacu dagangan negara: DOSM
August 28, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Jordan-Malaysia mahu perkukuh kerjasama pertahanan
October 12, 2026 · Isu semasa
Rakyat Malaysia diminta tangguh umrah ke Arab Saudi: Mat Hasan
October 12, 2026 · Isu semasa
MCMC turunkan kandungan hina Agong di Threads
October 12, 2026 · Isu semasa
Lapangan terbang Riyadh diserang lagi, seorang maut
5 jam lalu · Isu semasa
Agong kurnia darjah kebesaran tertinggi kepada Raja Jordan
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok