Aspek undang-undang perlu diteliti bagi siaran langsung kes rasuah profil tinggi: Azalina

August 27, 2025 · Isu semasa

Cadangan untuk menyiarkan secara langsung prosiding perbicaraan kes rasuah berprofil tinggi perlu dikaji secara mendalam dari sudut peruntukan undang-undang sedia ada sebelum dapat dilaksanakan, menurut Azalina Othman Said.

Menteri Undang-Undang itu menjelaskan setakat ini kebanyakan perbicaraan mahkamah hanya direkodkan melalui rakaman audio, dan belum pernah terdapat kes yang disiarkan secara langsung kepada orang ramai.

“Untuk siaran langsung perbicaraan, saya perlu merujuk terlebih dahulu kepada pihak berkuasa kerana ia memerlukan kebenaran mahkamah.

“Biasanya rakaman hanya dalam bentuk audio dan kebanyakan kes sudah mempunyai rakaman sedemikian,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan dan Majlis Kibaran Jalur Gemilang pada Rabu.

Azalina menekankan bahawa jika cadangan ini ingin dilaksanakan secara serius, ianya perlu dibincangkan terlebih dahulu dengan Ketua Hakim Negara bagi memastikan kesesuaian dari segi perundangan.

Cadangan ini awalnya dikemukakan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki yang mencadangkan supaya prosiding perbicaraan kes rasuah berprofil tinggi disiarkan secara langsung bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap proses kehakiman.

Azam berpendapat langkah ini diperlukan memandangkan terdapat segelintir pihak yang menggunakan media sosial untuk memanipulasi fakta perbicaraan sehingga menimbulkan tohmahan yang tidak berasas.

Dalam perkembangan lain, Azalina merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim atas cadangan menubuhkan Kementerian Undang-Undang khusus bagi memastikan ekosistem perundangan negara lebih tersusun dan bersepadu.

Beliau berkata cadangan penubuhan kementerian tersebut yang dibangkitkan Perdana Menteri pada 21 Ogos lepas akan membolehkan Malaysia berinteraksi dengan lebih bermakna bersama rakan serantau dalam usaha memperkukuh kedaulatan undang-undang, khususnya dengan negara anggota Asean.

Berita berkaitan
Kes rompak RM952,690: Mahkamah Tinggi ketepikan pembebasan tiga pegawai SPRM
October 9, 2026· Isu semasa
Parlimen: 19 kes DNAA libatkan 12 ahli politik sejak 2010
October 9, 2026· Politik
Reman suspek kes bunuh Irene Sofiya disambung enam hari
October 9, 2026· Isu semasa
DNAA: Zahid, AG dapat kebenaran cabar semakan kehakiman Badan Peguam
October 8, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
MCMC siasat individu didakwa persenda perkataan dalam al-Quran
3 jam lalu · Isu semasa
Pemuda Melayu didakwa terlibat ritual bukan Islam disiasat: Zulkifli
8 jam lalu · Isu semasa
Penjimatan negara membolehkan hasil dipulangkan kepada rakyat: Anwar
8 jam lalu · Isu semasa
Anwar hargai bantuan Mesir permudah salur bantuan Malaysia ke Gaza
12 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan tubuh Tabung Pos RM150 juta, beroperasi awal 2027: Fahmi
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok