Azam sedia hadapi siasatan saham

February 13, 2026 · Isu semasa

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki bersedia untuk disiasat kerajaan berhubung dakwaan pegangan saham yang dikaitkan dengannya.

Beliau menegaskan keterbukaan untuk disiasat oleh mana-mana jawatankuasa bebas yang ditubuhkan bagi meneliti perkara tersebut secara telus dan menjelaskan semua pengisytiharan kewangan dan harta telah dibuat mengikut peraturan perkhidmatan awam.

“Saya mengalu-alukan sebarang proses yang telus, bebas dan objektif untuk menentukan fakta berasaskan bukti serta prinsip keadilan dan keluhuran undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Kenyataan itu hadir selepas laporan oleh Bloomberg yang mencetuskan gesaan beberapa pihak supaya kerajaan dan pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut terhadap dakwaan berkenaan.

Isu pegangan saham ini kembali mendapat perhatian awam kerana ia melibatkan integriti kepimpinan agensi penguatkuasaan utama negara.

Azam menegaskan setiap individu yang berdepan dakwaan perlu bersikap terbuka dan bersedia disiasat secara bebas.

“Budaya akauntabiliti tidak boleh bersifat terpilih atau bermusim. Prinsip ini mesti terpakai kepada semua tanpa pengecualian,” katanya.

Sepanjang perkhidmatannya, Azam berkata beliau kekal komited kepada prinsip ketelusan, akauntabiliti dan kedaulatan undang-undang.

Beliau juga memberi jaminan akan memberikan kerjasama penuh kepada mana-mana mekanisme sah yang diwujudkan untuk menyiasat isu tersebut.

“Tiada siapa berada di atas undang-undang dan tiada siapa juga patut dihukum hanya berdasarkan persepsi atau naratif media semata-mata. Saya yakin kebenaran akan ditegakkan melalui proses yang adil dan bebas,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa SPRM sentiasa meneliti setiap aduan termasuk daripada pertubuhan bukan kerajaan dan akan menilai semua maklumat berdasarkan undang-undang serta fakta hasil siasatan rasmi.

Berita berkaitan
Isu minit pengampunan Najib, Polis mungkin panggil Tony Pua
9 jam lalu· Politik
Wang peti besi RM325,000 lesap, pegawai bank didakwa seleweng
17 jam lalu· Isu semasa
Isu transaksi Jho Low: BNM diminta bertindak terhadap Deutsche Bank
November 22, 2026· Politik
Pelajar maut di Ipoh, KPM tidak kompromi jika wujud kecuaian
November 19, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
8 jam lalu · Isu semasa
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
8 jam lalu · Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
9 jam lalu · Isu semasa
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
9 jam lalu · Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
8 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok