Azmin terajui jentera pilihan raya Bersatu

May 15, 2026 · Politik

Parti Bersatu melantik Mohamed Azmin Ali sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya parti itu dalam usaha memperkukuh persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) dan beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung pada masa terdekat.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang dipengerusikan Presiden parti, Muhyiddin Yassin, malam tadi.

Mesyuarat yang berlangsung hampir empat jam itu turut memberi fokus kepada perkembangan politik semasa, khususnya di Johor.

Dalam kenyataan media, Bersatu memaklumkan pelantikan Azmin dilihat penting bagi menyusun strategi serta memperkemas gerak kerja parti bersama Perikatan Nasional (PN) menjelang pilihan raya akan datang.

“MPT mengarahkan Badan Pimpinan Negeri Johor meningkatkan perbincangan dan kerjasama dengan PN Johor serta pihak lain yang bersedia membawa perubahan demi kesejahteraan negeri,” menurut kenyataan itu.

Selain Johor, MPT turut mengambil perhatian terhadap perkembangan politik di Negeri Sembilan dan Melaka yang dijangka berdepan PRN dalam masa terdekat.

Susulan itu, sesi perbincangan strategik peringkat tertinggi melibatkan kepimpinan tiga negeri berkenaan akan diadakan pada Jun depan bagi memperhalusi pendekatan baharu untuk menarik sokongan rakyat.

Sebagai sebahagian usaha memperkukuh jentera pilihan raya, Bersatu akan mengaktifkan Bilik Gerakan Utama atau “War Room” bermula 1 Jun 2026.

Kemudahan itu akan menggunakan teknologi moden dan sistem operasi pilihan raya digital menerusi platform SIBER.

Pada masa sama, audit serta pemantauan gerak kerja lapangan menggunakan aplikasi NADI yang diketuai Ahmad Faizal Azumu turut akan diperluaskan di kawasan yang dikenal pasti sebagai tumpuan parti.

Bersatu juga mahu memperhebat pendekatan komunikasi strategik menerusi media dan media sosial bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap imej parti yang digambarkan sebagai sederhana, progresif dan prihatin.

Dalam perkembangan berkaitan, MPT turut melantik Muhammad Hilman Idham sebagai wakil Bersatu dalam Majlis Tertinggi Perikatan Nasional.

Berita berkaitan
Pasukan khas pantau isu 3R menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan
June 16, 2026· Politik
BN hampir selesai rundingan kerusi, fokus kempen berteraskan dasar: Asyraf Wajdi
7 jam lalu· Politik
Onn Hafiz dan Loke bertemu selepas perang mulut politik
7 jam lalu· Isu semasa
PAS cadang perpaduan Melayu, tetapi tak mahu Hamzah dalam parti
10 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Hakim sifatkan skandal 1MDB sebagai kleptokrasi terburuk dunia
June 16, 2026 · Politik
Fahmi nasihat Ketua Pengarah J-Kom agar berhati-hati di media sosial
June 16, 2026 · Politik
Dikritik ‘katak’ politik, Zaid sasar kembali bertanding PRU atas tiket PAS
10 jam lalu · Politik
PRN Johor: Anwar gesa pengundi pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
22 jam lalu · Politik
Sidang khas DUN Selangor fokus pakej bantuan, bukan PRN: Amirudin
June 15, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
22 jam lalu
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok