Malaysia tidak campur tangan isu pengampunan Jho Low di AS: Anwar

5 jam lalu · Politik

Malaysia tidak akan membantah atau menyokong sekiranya ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, menerima pengampunan daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu merupakan urusan dalaman kerajaan AS dan Malaysia tidak bercadang untuk campur tangan dalam proses berkenaan.

“Itu keputusan AS. Setakat ini kita tidak akan ke arah itu dan tidak akan menyokong mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Belia Negara 2026 hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada Malaysia akan membuat representasi rasmi kepada pihak berkuasa AS bagi membantah jika pengampunan diberikan kepada Jho Low.

Laporan The Wall Street Journal sebelum ini mendakwa Jho Low sedang memohon pengampunan daripada Trump dan permohonan tersebut difailkan beberapa minggu lalu.

Menurut laporan itu, laman web Jabatan Kehakiman AS turut menyenaraikan satu permohonan yang masih dalam proses di bawah nama Jho Low.

Permohonan berkenaan dikategorikan sebagai “Pardon after Completion of Sentence” atau pengampunan selepas tamat tempoh hukuman.

Sekiranya diluluskan, pengampunan itu boleh menggugurkan semua pertuduhan jenayah yang dihadapi Jho Low di AS berkaitan skandal kewangan membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Jho Low menjadi antara individu paling dikehendaki pihak berkuasa antarabangsa selepas didakwa sebagai dalang utama penyelewengan berbilion ringgit daripada 1MDB, syarikat pelaburan strategik milik kerajaan Malaysia yang mencetuskan kontroversi global sejak lebih sedekad lalu.

Skandal itu turut mencetuskan siasatan di beberapa negara termasuk AS, Singapura dan Switzerland, selain membawa kepada rampasan aset mewah bernilai ratusan juta dolar yang didakwa dibeli menggunakan dana diselewengkan daripada 1MDB.

Berita berkaitan
DAP gesa bantah pengampunan Jho Low
5 jam lalu· Politik
Ekonomi negara mengukuh, rekod 5.4 peratus pertumbuhan pada suku pertama: Gabenor
5 jam lalu· Isu semasa
Fokus bantu rakyat, bukan berebut kuasa: PMX
6 jam lalu· Politik
PMX bantah langkah Norway batal kontrak peluru berpandu LCS
May 14, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Rafizi pilih haluan baharu, Saifuddin Nasution ucap “selamat maju jaya”
1 jam lalu · Politik
Loke pertahan keputusan kerajaan benarkan lepasan UEC masuk IPTA
5 jam lalu · Politik
Nik Zawawi beri keterangan kepada polis berhubung isu hina sahabat Nabi
5 jam lalu · Politik
Azmin terajui jentera pilihan raya Bersatu
5 jam lalu · Politik
Lebih 10 wakil rakyat pembangkang berminat sertai ‘Rumah Bangsa’ UMNO
May 14, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok