SPM perlu kekal syarat utama masuk IPTA: Akmal

May 15, 2026 · Politik

Pemuda UMNO menegaskan syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) perlu terus berasaskan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tanpa pengecualian kepada mana-mana aliran pendidikan termasuk lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan institusi tahfiz.

Ketua Pemudanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata semua pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke IPTA wajib menduduki SPM bagi memastikan dasar pendidikan negara kekal selaras dan adil kepada semua pihak.

“Kekalkan kemasukan ke IPTA dengan menggunakan SPM sahaja. Tidak kira pelajar UEC ataupun tahfiz, nak masuk IPTA wajib SPM,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Menurut beliau, pelajar daripada aliran UEC dan tahfiz sebelum ini juga ramai yang mengambil SPM sebagai syarat tambahan untuk melanjutkan pengajian ke universiti awam.

Akmal turut mengingatkan agar kerajaan tidak membuka terlalu banyak kelonggaran sehingga boleh menjejaskan dasar pendidikan sedia ada.

“Tidak perlu kita buka lebih banyak ‘flood gate’. Dasar Pendidikan Negara perlu kita ikuti, bukan ditebuk sana sini,” katanya lagi.

Kenyataan itu dibuat susulan pengumuman Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bahawa lepasan sekolah tahfiz serta Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) atau UEC bakal diberi peluang mengikuti beberapa program tertentu di IPTA.

Menurut KPT, keputusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri sebagai sebahagian daripada laluan khas kemasukan pelajar luar sistem pendidikan kebangsaan ke IPTA.

Antara program yang dikenal pasti untuk lepasan SMPC dan UEC ialah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Cina, Bahasa dan Linguistik Cina serta program berkaitan pendidikan bahasa Cina di beberapa universiti awam.

Isu pengiktirafan UEC dan laluan khas ke IPTA sering menjadi perdebatan dalam negara kerana melibatkan dasar pendidikan nasional serta kedudukan SPM sebagai kelayakan utama ke institusi awam.

Berita berkaitan
KPT perjelas laluan tahfiz ke IPTA, syarat masuk bagi UEC belum muktamad
May 15, 2026· Isu semasa
Muhyiddin persoal pengiktirafan UEC bagi kemasukan ke IPTA
May 15, 2026· Politik
Loke pertahan keputusan kerajaan benarkan lepasan UEC masuk IPTA
10 jam lalu· Politik
DAPSY kritik Akmal ‘lalat buta’ berhubung isu subsidi petrol
May 13, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi pilih haluan baharu, Saifuddin Nasution ucap “selamat maju jaya”
6 jam lalu · Politik
Malaysia tidak campur tangan isu pengampunan Jho Low di AS: Anwar
10 jam lalu · Politik
Nik Zawawi beri keterangan kepada polis berhubung isu hina sahabat Nabi
10 jam lalu · Politik
DAP gesa bantah pengampunan Jho Low
10 jam lalu · Politik
Azmin terajui jentera pilihan raya Bersatu
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok