Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Tidak wajar untuk mengkritik pemberian RM100 yang diumumkan kerajaan kerana bagi setengah orang yang memerlukan ia amat bermakna untuk mereka, kata Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata keputusan pemberian bantuan tunai tambahan kepada semua yang berumur 18 tahun ke atas menerusi program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) itu amat bermakna buat rakyat di luar bandar serta golongan berpendapatan rendah.
“(Semua kritik) RM100 saja, (tapi) kamu gaji RM40,000, RM20,000 sebulan, (memang) RM100 itu tak ada apa, tapi saya tahu kalau kita pergi ke kampung (ada manfaatnya),” kata Anwar ketika berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan hari ini.
Anwar turut menjelaskan bahawa bagi sebuah keluarga miskin yang mempunyai dua anak dewasa dan pasangan suami isteri, bantuan tunai itu boleh mencecah RM400 dan jika ditambah dengan Sumbangan Tunai Rahmah sedia ada, jumlahnya boleh meningkat hingga RM700.
“Jadi jangan remehkan usaha kerana itu upaya kita (kerajaan) untuk tambah peruntukan sedia ada, daripada RM13 bilion ke RM15 bilion (tambahan RM2 bilion),” katanya.
Dalam pada itu, Anwar turut membidas kenyataan sesetengah pihak yang mempertikaikan mengenai rasionalisasi subsidi petrol.
“Ketua parti pembangkang (Hamzah Zainudin) sebut pasal apa nak bebankan mereka (warga asing)… saya rasa aneh,what do you do(apa kamu buat)? Boleh tegur dan kritik tiada masalah, (tapi) bukan kita dera mereka, bukan rampas hak mereka.
“Kita tarik, tak bagi subsidi sebab di negara dia (warga asing) harga minyak lebih tinggi daripada RM2.50. Ya, di Singapura, Thailand, Indonesia semua lebih tinggi. Kita tarik subsidi itu kepada warga asing, itu pun salah juga,” tegas Anwar.
Perdana Menteri semalam mengumumkan beberapa inisiatif utama sebagai tanda penghargaan kerajaan kepada rakyat, termasuk pemberian RM100 secara sekali beri di bawah program Sara, penangguhan kenaikan kadar tol bagi 10 lebuh raya dan subsidi harga petrol RON95 yang lebih rendah pada RM1.99 seliter.
PRN N9: PH ikrar teruskan dasar beri manfaat kepada rakyat
Malaysia kekal tegas, tidak tunduk desakan Ahli Kongres AS: Loke
DUN Jeram Padang: Kebajikan rakyat jadi keutamaan Manivanan
Kerjasama BN-PAS dilihat lebih untungkan UMNO: Penganalisis
Aminuddin serah kepada rakyat nilai sikap BN
[VIDEO] Syarikat telco bocor data Khairul Aming merisaukan, Fahmi arah MCMC dapatkan laporan penuh
[VIDEO] PH sudah buktikan 8 tahun tadbir Negeri Sembilan, PRN ini teruskan kerajaan yang stabil