Baharu saja beroperasi Julai, Aerotrain KLIA alami masalah teknikal lagi

August 4, 2025 · Isu semasa

Perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tergendala seketika pagi tadi berikutan masalah teknikal.

Masalah teknikal ini merupakan kali kedua berlaku sejak ia beroperasi semula pada Julai baru-baru ini.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, kejadian berlaku pada jam 10.30 pagi susulan pintu tren gagal ditutup dengan sempurna, sekali gus mencetuskan pemberhentian operasi selama 15 minit sebagai langkah berjaga-jaga.

“Sepanjang tempoh itu, perkhidmatan bas ulang-alik diaktifkan bagi memastikan pergerakan penumpang antara terminal berjalan lancar.

“Perkhidmatan Aerotrain disambung semula pada jam 11.01 pagi dan operasi kini kembali seperti biasa,” katanya.

MAHB turut memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami serta mengucapkan terima kasih kepada penumpang atas kefahaman dan kerjasama mereka.

Sebelum ini, perkhidmatan Aerotrain turut dihentikan sementara pada 4 Julai lalu susulan pengumpulan air di dalam terowong akibat hujan lebat.

Gangguan sebelum ini berpunca daripada kerosakan teknikal pada pam saliran ketika hujan lebat sekitar jam 11 pagi, sekali gus menjejaskan proses penyingkiran air secara automatik.

Perkhidmatan tren tanpa pemandu yang telah dinaik taraf sepenuhnya itu kembali beroperasi sepenuhnya pada 1 Julai lalu, susulan kerja-kerja naik taraf bernilai RM456 juta di bawah inisiatif transformasi RM742 juta oleh MAHB, yang bertujuan memperkukuh KLIA sebagai hab penerbangan serantau bertaraf dunia.

Pengguna-pengguna media sosial lain juga memuat naik hantaran mengenai perkara itu selain turut meletakkan ‘tag’ ke atas akaun X Perdana Menteri, Menteri Pengangkutan dan MAHB.

Berita berkaitan
Kes juruterbang bawa dadah: Kerajaan arah perketat keselamatan lapangan terbang
August 5, 2026· Isu semasa
Polis siasat ‘orang dalam’ kes juruterbang seludup dadah
August 4, 2026· Isu semasa
MAHB rekod trafik penumpang 8.9 Juta pada Februari, meningkat 5.8 peratus
March 19, 2026· Isu semasa
Tiga warga Jepun ditahan Kastam KLIA, cuba seludup ganja RM4.2 juta
November 29, 2025· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Ulama tampil bincang RCI Tabung Haji, gesa amanah pendeposit dibela
9 jam lalu · Isu semasa
1,098 Pusat NADI sasar pecah rekod MBOR dalam program Senam Sihat MADANI
14 jam lalu · Isu semasa
AUKU mansuh, Anwar mahu mahasiswa bebas bersuara
15 jam lalu · Isu semasa
Doktor terpedaya pelaburan online, rugi RM558,000
17 jam lalu · Isu semasa
Anak nafi dakwaan tular Abdul Azeez ditahan SPRM
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
8 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok