Banjir dijangka landa Pasir Mas, Tumpat mulai malam ini: JPS

December 26, 2025 · Isu semasa

Beberapa kawasan rendah di Pasir Mas dan Tumpat dijangka dilanda banjir bermula tengah malam ini hingga 30 Disember susulan hujan berterusan pada tahap bahaya yang dijangka menyebabkan paras sungai meningkat.

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam satu kenyataan memaklumkan amaran itu melibatkan kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer di sekitar lembangan Sungai Golok.

Keadaan cuaca semasa dan ramalan hujan lebat berterusan meningkatkan risiko limpahan sungai, sekali gus menjejaskan penempatan berhampiran.

Menurut JPS, antara kawasan di Pasir Mas yang berpotensi terjejas termasuk Kampung Tersang, Kampung Lanchang, Kampung Gual To’Deh, Kampung Mak Ribi Jeram Perdah, Kampung Padang Licin, Kampung Bendang Perol, Kampung Jejawi, Kampung Siram, Padang Kijang, Tasik Cina, pekan Rantau Panjang serta beberapa kampung lain di sekitarnya.

“Di jajahan Tumpat pula, kawasan yang terlibat merangkumi Kampung Pak Keral, Kampung Kok Bedullah, Kampung Nechang, Kampung Pauh Sebanjar, Kampung Neting, Kampung Tujuh, Kubang Sawa, Kajang Sebidang, Telok Jering, Naga Ibu, Pisau Raut, Bendang Pak Yong dan Simpangan,” menurut kenyataan itu.

PRABN JPS turut mengingatkan bahawa kejadian banjir yang diramalkan berkemungkinan berlaku lebih awal atau lewat daripada jangkaan bergantung kepada keadaan hujan semasa.

Penduduk di kawasan berisiko dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dan mematuhi arahan pihak berkuasa serta agensi pengurusan bencana.

“Orang ramai disaran mendapatkan maklumat terkini berkaitan situasi banjir melalui laman sesawang Public Info Banjir dan saluran media sosial rasmi,” menurut kenyataan itu lagi.

Pihak berkuasa menegaskan kesiapsiagaan awal dan kerjasama komuniti amat penting bagi mengurangkan risiko serta memastikan keselamatan penduduk sepanjang tempoh amaran ini.

Berita berkaitan
Zaid dahulu pernah cabar hukum hudud, Amanah persoal pendirian selepas masuk PAS
June 15, 2026· Politik
PKR Kelantan teguh sokong Anwar, nafi ada pemimpin sertai parti Rafizi
May 26, 2026· Politik
Polis sudah ambil 65 keterangan kes kontroversi Nik Zawawi hina sahabat Nabi
May 18, 2026· Politik
Kes bunuh di Kelantan naik mendadak: Polis
May 18, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan ditolak, perbicaraan kes rasuah Guan Eng diteruskan
June 24, 2026 · Isu semasa
Pengesahan umur bertujuan lindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian: Fahmi
June 24, 2026 · Isu semasa
Pelajar IPTS warga asing ditemui maut di kondo, rakan senegara ditahan
2 jam lalu · Isu semasa
Pemandu mabuk: Kerajaan teliti pampasan khas untuk mangsa kemalangan jalan raya
3 jam lalu · Isu semasa
MyKad baharu libatkan kos RM120 juta setahun
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok