Bantuan kewangan RM500 penjawat awam akan mula dikreditkan 13 Mac

February 23, 2026 · Isu semasa

Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 15 dan ke bawah, termasuk lantikan kontrak, akan dikreditkan pada 13 Mac ini.

Jabatan Perkhidmatan Awam dalam kenyataan di Facebook rasmi memaklumkan bayaran itu bertujuan membantu penjawat awam membuat persiapan menjelang Aidilfitri, khususnya dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup ketika musim perayaan.

Menurut kenyataan berkenaan, bantuan sama turut dipanjangkan kepada pesara kerajaan serta veteran berpencen dan tidak berpencen dengan bayaran sebanyak RM250.

“BKK ini akan menjadi tanggungan jabatan di mana pegawai berkhidmat pada tarikh pembayaran tersebut,” menurut kenyataan itu.

Tambah kenyataan berkenaan, pemberian tersebut dikecualikan daripada cukai pendapatan selaras dengan peruntukan di bawah Subseksyen 127(3A) Akta Cukai Pendapatan 1967, sekali gus memastikan penerima mendapat jumlah penuh tanpa potongan.

Bantuan khas ini diumumkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2026 pada 10 Oktober tahun lalu sebagai sebahagian daripada inisiatif menghargai perkhidmatan penjawat awam dan veteran.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pemberian bantuan khas menjelang musim perayaan menjadi antara langkah konsisten kerajaan bagi menyokong kebajikan lebih 1.6 juta penjawat awam di seluruh negara.

Langkah itu dilihat sebagai usaha meredakan tekanan kewangan rakyat, terutama ketika harga barangan keperluan menunjukkan peningkatan bermusim.

Berita berkaitan
Politik matang kunci kukuhkan perpaduan negara: Anwar
10 jam lalu· Politik
Program Ziarah Kasih: Fahmi santuni warga emas, pesakit terlantar di Seri Menanti
15 jam lalu· Isu semasa
Zahid tegur pemimpin DAP jaga lidah, hormati rakan kerjasama
15 jam lalu· Politik
Hubungan diplomatik baik, politik stabil jamin bekalan tenaga: PMX
15 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
62 NADI Negeri Sembilan tawar latihan AI percuma
15 jam lalu · Isu semasa
1.88 juta rakyat nikmati manfaat MySalam: Fahmi
June 12, 2026 · Isu semasa
Kerajaan tak kompromi perangi rasuah, SPRM terus diperkasa
June 11, 2026 · Isu semasa
J-KOM buat laporan polis terhadap Albert Tei buat kecoh di kementerian
June 11, 2026 · Isu semasa
Kadar pengangguran naik sedikit pada April: DOSM
June 11, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok