Bantuan RM100 SARA disalurkan mulai 31 Ogos ini: Fahmi

August 29, 2025 · Isu semasa

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 secara sekali beri kepada setiap warganegara Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas menerusi MyKad akan disalurkan mulai 31 Ogos ini.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang juga Jurucakap Kerajaan Madani berkata penerima boleh membelanjakan bantuan yang diberikan di 4,500 kedai terpilih di seluruh negara.

“Pada 31 Ogos, sukacita saya beri penegasan dan peringatan bahawa program SARA untuk semua akan bermula di mana setiap orang dewasa warganegara Malaysia akan mendapat RM100 (yang) dimasukkan ke dalam MyKad,” katanya pada sidang media pasca-Mesyuarat Kabinet hari ini.

Beliau turut menyeru semua warganegara yang layak untuk membuat semakan menerusi portal rasmi SARA iaitu https://sara.gov.my atau laman web rasmi MyKasih yang dibuka mulai 21 Ogos lepas.

“Ini peluang yang baik untuk semua yang berusia 18 tahun ke atas untuk membuat semakan untuk melihat apakah jumlah baki yang ada dan mereka boleh manfaatkan. RM100 yang diberi secara sekali beri ini boleh ditebus di antara 31 Ogos 2025 hingga 31 Disember 2025,” katanya.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 23 Julai lepas mengumumkan pemberian RM100 secara sekali beri kepada setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun dan ke atas melalui MyKad di bawah program SARA.

Anwar berkata pemberian bersempena Hari Kebangsaan 31 Ogos itu, merupakan ikhtiar segera bagi meringankan beban sara hidup selain sebagai penghargaan kepada rakyat, yang memberikan manfaat kepada 22 juta penduduk dengan peruntukan RM2 bilion.

Berita berkaitan
13,883 kandungan deepfake dipadam, 61 kes disiasat: Fahmi
November 17, 2026· Isu semasa
Ahmad Maslan patut letak jawatan, gesa Rayer
November 17, 2026· Politik
Politik identiti perlu bina keyakinan, bukan cetus kebencian: Prof Mohd Afandi
November 17, 2026· Isu semasa
Pantun ‘kencing’ Mat Maslan makan diri, bukankah UMNO juga dalam kerajaan?
November 16, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Taburan hujan hingga 100mm punca banjir 23 kawasan di Selangor: Bernama
2 jam lalu · Isu semasa
Ringgit mengukuh menjelang pengumuman KDNK suku ketiga
9 jam lalu · Isu semasa
MCMC desak Anthropic jelaskan dakwaan manipulasi AI sasar pengundi Malaysia
9 jam lalu · Isu semasa
MOF sasar hutang kerajaan turun kepada 60 peratus KDNK pada 2030
9 jam lalu · Isu semasa
APEC 2026: Anwar tekankan perdagangan terbuka, kesalinghubungan
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
19 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 17 Nov – Ismail letak jawatan, kerajaan Madani stabil dan lawatan Macron
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok