Banyak kejayaan kerajaan perpaduan, tak perlu anjur perhimpunan: Wanita PKR

July 3, 2025 · Politik

Wanita PKR membidas pihak yang mahu menganjurkan perhimpunan ‘Turun Anwar’ dengan menyifatkan ia bertujuan untuk menggugat kestabilan politik negara.

Timbalan Bendahari Wanita Keadilan Pusat, Karen Kasturi mempersoalkan langkah pihak yang mahu menganjurkan perhimpunan tatkala banyak kejayaan yang dikecapi sejak pentadbiran negara di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pada masa kini.

“Malaysia kini berada dalam fasa pemulihan dan pembinaan semula pasca-pandemik. Hakikatnya, Kerajaan Madani telah berjaya menstabilkan landskap politik selepas era ketidaktentuan yang berpanjangan, selain melaksanakan dasar ekonomi dan sosial yang lebih inklusif dan berasaskan akauntabiliti.

“Kempen ini hanya retorik populis yang gagal mengemukakan sebarang alternatif realistik, sebaliknya hanya mencetuskan keresahan awam dan menjejaskan keyakinan pasaran.

“Perdana Menteri menunjukkan keberanian memperkukuh integriti pentadbiran. Dasar fiskal berhemah serta pelaburan dalam kebajikan rakyat membuktikan kerajaan berusaha mewujudkan keseimbangan yang tepat,” katanya dalam kenyataan.

Karen mengulas rancangan pembangkang untuk menganjurkan demonstrasi pada 26 Julai di Kuala Lumpur, sebagai sebahagian daripada kempen menolak kepimpinan Anwar.

Menurut beliau, peningkatan keyakinan pelabur asing dan prestasi Malaysia dalam pelbagai indeks antarabangsa menjadi bukti negara berada di landasan betul.

“Kepimpinan bukan tentang menyenangkan hati semua pihak, sebaliknya memerlukan visi jangka panjang dan keberanian membuat keputusan sukar. Ingatlah, Perdana Menteri memimpin dengan prinsip, bukan tunduk kepada tekanan populis,” tegasnya.

Karen turut menyeru agar semua pihak menilai prestasi kerajaan berlandaskan fakta dan bukannya sentimen emosi.

“Ini bukan masa untuk menggugat kestabilan. Inilah masa untuk kita terus berganding bahu membina masa depan yang adil, makmur dan inklusif buat seluruh rakyat Malaysia,” ujarnya.

Berita berkaitan
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
16 jam lalu· Isu semasa
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
18 jam lalu· Politik
Belanja lebih peruntukan boleh jahanam negara: Kamil Munim
September 2, 2026· Politik
Kemalangan maut Temerloh: PM zahir takziah, minta siasatan teliti dijalankan
September 1, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
13 jam lalu · Politik
PAS dicabar tarik balik Amanat Hadi, ramai orang UMNO masih tersinggung
18 jam lalu · Politik
Pelantikan Ketua Audit Negara perlu bebas campur tangan politik: Syahredzan
19 jam lalu · Politik
PAS-UMNO makin terbuka, hantar wakil hadir ke PAU
19 jam lalu · Politik
Guan Eng mahu Zahid dikenakan tindakan isu lebihan belanja di KKDW
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok