Banyak yang kontrak, kata PMX ulas isu tenaga kerja Petronas dihentikan

June 6, 2025 · Isu semasa

Tenaga kerja yang diberhentikan Petronas kebanyakkan mereka adalah berstatus kontrak, menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Banyak yang kontrak,” katanya ringkas selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Ikhwan dipetik laporan media.

Beliau mengulas laporan media yang syarikat petroleum negara itu akan mengurangkan kira-kira 10% tenaga kerjanya menerusi penstrukturan semula secara menyeluruh.

Langkah itu dibuat dalam usaha syarikat mengurangkan kos susulan kejatuhan harga minyak mentah dan ketidaktentuan pasaran yang menjejaskan keuntungannya.

Semalam, Presiden dan CEO kumpulan Petronas Tengku Muhammad Taufik Aziz dipetik berkata syarikat itu akan mengurangkan lebih 5,000 pekerja.

Beliau turut memaklumkan syarikat akan membekukan kenaikan pangkat dan pengambilan pekerja baharu sehingga Disember 2026.

Keuntungan Petronas merosot sebanyak 32% pada 2024, selepas mencatatkan penurunan 21% pada 2023.

Cabaran dijangka berterusan tahun ini, sebahagiannya disebabkan penurunan berterusan harga minyak mentah Brent.

Berita berkaitan
Anwar tegas martabatkan bahasa Melayu, perluas penguasaan bahasa asing
July 28, 2026· Isu semasa
PMX dedah 50 ekar bandar diisytihar tanah rizab Melayu, nafi abai Bumiputera
July 27, 2026· Politik
Pendedahan RCI Tabung Haji mampu tamatkan fitnah: Mujahid
July 25, 2026· Politik
RCI Tabung Haji: PAS panik selepas PMX umum akan dedah kepada umum?
July 24, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Ucapan kempen tular, polis siasat Ahli Parlimen Jempol
3 jam lalu · Isu semasa
PRN NS: Waspada maklumat palsu menjelang hari pengundian
15 jam lalu · Isu semasa
Malaysia kini hanya 7.1 peratus lagi ke status negara berpendapatan tinggi
19 jam lalu · Isu semasa
38 Pusat undi awal PRN Negeri Sembilan ditutup
19 jam lalu · Isu semasa
560 kes kandungan memudaratkan berjaya diselesaikan MCMC
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan tertipu ‘cium mulut’ BN dan PAS, jangan beri satu undi pun kepada UMNO
4 jam lalu
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok