Bekalan minyak negara terjamin, kerajaan pelbagaikan sumber: PMX

July 14, 2026 · Isu semasa

Kerajaan memberi jaminan bekalan bahan api negara kekal mencukupi meskipun ketegangan di Selat Hormuz terus menimbulkan kebimbangan terhadap rantaian bekalan tenaga dunia.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sudah mengambil langkah awal dengan mempelbagaikan sumber bekalan minyak dan gas bagi mengurangkan kebergantungan kepada laluan serta pembekal tertentu.

Menurutnya, Presiden Rusia Vladimir Putin turut memberi jaminan perjanjian jangka panjang membabitkan bekalan minyak dan diesel kepada Malaysia akan diteruskan seperti dipersetujui sebelum ini.

“Selain itu, Kerajaan Turkmenistan turut memberikan peluang kepada PETRONAS mengendalikan antara telaga gas terbesar di dunia. Ini perkembangan yang baik kepada negara, khususnya PETRONAS,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada Selasa.

Anwar berkata, kerja penerokaan gas di Blok 9 dan Blok 10 di Turkmenistan dijangka bermula pada Disember ini, jauh lebih awal daripada kebiasaan.

“Usaha mengorek dan menggali gas di kawasan Blok 9 dan Blok 10 dijangka bermula pada Disember ini. Tempoh ini dianggap sangat cepat kerana lazimnya projek seperti ini mengambil masa antara satu setengah hingga dua tahun untuk dimulakan,” katanya.

Dalam masa sama, beliau menepis dakwaan harga minyak di Malaysia masih tinggi dengan menjelaskan harga bahan api tempatan kini lebih rendah berbanding beberapa negara pengeluar minyak utama termasuk Arab Saudi dan Qatar.

“Harga minyak di Malaysia lebih rendah daripada Qatar dan Arab Saudi. Itu fakta yang perlu diingat. Arab Saudi kini mencatat harga melebihi RM2.40 seliter, manakala Malaysia sekitar RM1.99 seliter. Qatar dan Emiriah Arab Bersatu juga telah menaikkan harga minyak sejak beberapa bulan lalu,” katanya.

Menurut beliau, perubahan harga itu dipengaruhi perkembangan ekonomi global dan tidak lagi boleh dibandingkan dengan situasi beberapa tahun lalu.

“Saya pernah berjanji harga minyak Malaysia perlu lebih rendah daripada Arab Saudi dan sekarang perkara itu sudah ditunaikan,” katanya.

Ketegangan di Selat Hormuz sejak beberapa bulan kebelakangan ini meningkatkan kebimbangan pasaran dunia kerana laluan strategik itu mengendalikan sebahagian besar penghantaran minyak mentah dan gas asli cecair (LNG) global.

Sebarang gangguan di kawasan berkenaan berpotensi menjejaskan bekalan tenaga serta mendorong kenaikan harga minyak dunia.

Malaysia sebagai negara pengeluar minyak dan gas turut mengambil langkah memperkukuh keselamatan bekalan tenaga melalui kerjasama strategik dengan negara pengeluar lain di samping memperluaskan pelaburan PETRONAS dalam sektor huluan di luar negara bagi menjamin bekalan tenaga negara dalam jangka panjang.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Anwar sahkan PH sedia buka ruang kerjasama, bincang cari titik persamaan
21 jam lalu· Politik
Johari: Tiada usul undi tidak percaya diterima di Dewan Rakyat
September 23, 2026· Politik
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
September 22, 2026· Isu semasa
Hassan saran Anwar kekalkan Loke dalam Kabinet, tolak peletakan jawatan
September 22, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
JPJ nafi hantaran tular berkait lesen kepada Rohingya, buat laporan MCMC: Bernama
6 jam lalu · Isu semasa
RM33.4 juta bunga ganja dirampas, 12 ditahan: Polis Selangor
23 jam lalu · Isu semasa
Remaja kes tikam sekolah Bandar Utama mahu kematian beramai-ramai, mahkamah diberitahu
23 jam lalu · Isu semasa
Kes 43 barang kemas: Global Royalty boleh tuntut RM67.5 juta daripada Rosmah
23 jam lalu · Isu semasa
Anwar luah terkilan, krisis adat Negeri Sembilan masih berlarutan: Laporan
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok