Bekas hakim Mahkamah Persekutuan dilantik Pengerusi Majlis Media Malaysia

June 15, 2026 · Isu semasa

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Nallini Pathmanathan dilantik sebagai Pengerusi Majlis Media Malaysia (MMM), sekali gus menerajui badan kawal selia kendiri industri media negara yang ditubuhkan di bawah Akta Majlis Media Malaysia 2025.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, MMM memaklumkan pelantikan itu dipersetujui sebulat suara oleh Ahli-Ahli Lembaga Majlis Media Malaysia dalam mesyuarat yang berlangsung pada 26 Mei lalu.

Menurut majlis berkenaan, pelantikan Nallini merupakan satu langkah penting dalam memperkukuh peranan MMM sebagai badan kawal selia kendiri yang bebas, berwibawa dan berteraskan kepentingan awam bagi industri media di negara ini.

“Komitmen beliau sepanjang kerjaya terhadap kebebasan badan kehakiman, kedaulatan undang-undang dan akses kepada keadilan menjadikan beliau individu yang paling sesuai untuk memimpin MMM ketika ia memulakan peranannya dalam memupuk media yang bebas, bertanggungjawab dan dikawal selia secara kendiri di Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Nallini bersara sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada Februari lalu selepas berkhidmat selama 18 tahun dalam badan kehakiman.

Sepanjang tempoh tersebut, beliau pernah berkhidmat di ketiga-tiga peringkat mahkamah atasan dan menghasilkan kira-kira 325 penghakiman yang dilaporkan, termasuk keputusan penting berkaitan undang-undang perlembagaan dan komersial.

Beliau juga mencipta sejarah sebagai wanita pertama berketurunan Asia Selatan yang dilantik ke badan kehakiman atasan Malaysia.

Sebelum menyertai badan kehakiman, Nallini beramal sebagai peguam di Tetuan Skrine selama lebih dua dekad dan kini berkhidmat sebagai penimbang tara serta pengantara.

Selain itu, beliau turut memegang jawatan Naib Pengerusi Forum Hakim-Hakim Persatuan Peguam Antarabangsa, ahli Kumpulan Pemandu Forum Antarabangsa Tetap Mahkamah Komersial, serta hakim di Mahkamah Antarabangsa Qatar dan Pusat Penyelesaian Pertikaian Qatar.

Majlis Media Malaysia yang ditubuhkan menerusi Akta Majlis Media Malaysia 2025 berperanan memperkukuh standard kewartawanan, mengendalikan aduan awam berkaitan media, mempromosikan amalan etika serta mempertahankan kebebasan media sebagai salah satu tunjang demokrasi.

Di bawah kepimpinan Nallini, MMM akan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh institusi, melaksanakan Kod Tatakelakuan, membangunkan sistem aduan yang adil dan diyakini serta meningkatkan pemahaman masyarakat mengenai peranan media dalam sistem demokrasi.

Majlis itu juga akan memberi perhatian kepada reformasi undang-undang berkaitan media dan wartawan, termasuk memperjuangkan hak orang awam untuk mendapatkan maklumat yang tepat serta mewujudkan persekitaran perundangan yang lebih seimbang selaras dengan prinsip kebebasan bersuara, hak terhadap maklumat dan etika kewartawanan.

Menurut MMM, pelantikan Nallini dibuat pada saat industri media berdepan pelbagai cabaran seperti tekanan ekonomi, perkembangan teknologi, kecerdasan buatan (AI), penyebaran maklumat palsu dan mengelirukan, ancaman terhadap wartawan serta keperluan mengembalikan kepercayaan masyarakat terhadap media.

“Majlis Media Malaysia yakin bahawa kepimpinan Nallini akan membantu memacu majlis ke arah fasa yang lebih matang, bebas dan berwibawa, berteraskan tiga asas utama iaitu standard, etika dan kebebasan,” menurut kenyataan itu.

Berita berkaitan
Samsuri gagal selaku Pengerusi PN sehingga bawa perpecahan: Tun Faisal
June 9, 2026· Politik
Semua aduan berhubung media akan guna borang rasmi: Majlis Media Malaysia
April 8, 2026· Isu semasa
Samsuri jadi Pengerusi PN, Amanah dakwa PAS jadi punca gabungan itu bergolak
February 25, 2026· Politik
Isa Samad mula jalani hukuman penjara hari ini, senasib dengan Najib
February 10, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Perjanjian damai AS-Iran belum mampu pulihkan pasaran serta-merta: Akmal
June 15, 2026 · Isu semasa
Inflasi dijangka kekal terkawal tahun ini: Akmal Nasrullah
June 15, 2026 · Isu semasa
AS, Iran capai kata sepakat tamatkan konflik
June 15, 2026 · Isu semasa
Warga emas rugi RM9 juta diperdaya pelaburan tidak wujud di Kuching: Bernama
14 jam lalu · Isu semasa
Rosmah nafi dakwaan miliki rumah agam RM55 Juta di Amerika
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok