Bekas menteri dikritik isu kontrak pekerja asing, kenapa baharu sekarang bersuara?

April 21, 2026 · Politik

Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Manusia, Aizuddin Abd Gaffal mempersoalkan tindakan dua Ahli Parlimen, Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad, yang kini lantang mengkritik lanjutan kontrak Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS).

Aizuddin menegaskan keputusan melanjutkan kontrak tersebut sehingga 2031 sebenarnya telah diluluskan pada 24 Jun 2024 di bawah Kementerian Dalam Negeri, ketika kedua-dua pemimpin itu masih menganggotai Kabinet.

“Pada ketika itu, mereka mempunyai kuasa, akses kepada maklumat serta tanggungjawab kolektif dalam membuat keputusan.

“Jika benar terdapat kelemahan serius, mengapa perkara ini tidak dibangkitkan ketika mereka masih menjadi menteri?” katanya dalam satu kenyataan.

Isu FWCMS kembali menjadi perhatian selepas beberapa pihak mempersoalkan keberkesanan sistem tersebut, termasuk potensi pertindihan dengan sistem baharu, National Integrated Immigration System (NIISe).

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebelum ini turut menimbulkan kebimbangan berkaitan pelaksanaannya.

Aizuddin berkata, sikap berdiam diri ketika memegang kuasa tetapi bersuara lantang selepas tidak lagi berada dalam pentadbiran menimbulkan persoalan mengenai konsistensi dan keikhlasan politik.

“Ini bukan sekadar perbezaan pandangan, tetapi soal kejujuran. Bagaimana sesuatu yang diluluskan ketika mereka berada dalam Kabinet kini menjadi sasaran kritikan mereka sendiri?” ujarnya.

Menurut beliau, kerajaan tetap komited untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing seperti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-13.

Namun, realiti semasa memerlukan pendekatan pragmatik bagi memastikan keperluan industri terus dipenuhi.

Beliau turut menekankan sektor seperti perladangan dan perkilangan masih bergantung kepada tenaga kerja asing, selain keperluan melindungi pekerja daripada isu seperti beban hutang pekerjaan.

Pada masa sama, Aizuddin menegaskan sebarang cadangan sistem baharu masih dalam peringkat penilaian dan belum dimuktamadkan.

“Tiada keputusan akhir atau pelantikan dibuat setakat ini. Segala pertimbangan sedang dilaksanakan secara teliti demi kepentingan negara,” katanya.

Beliau turut mengingatkan agar semua pihak tidak memainkan persepsi yang boleh mengelirukan rakyat, sebaliknya menilai isu berdasarkan fakta dan keperluan ekonomi semasa.

Berita berkaitan
MP Petaling Jaya undur diri dari kepimpinan pusat PKR
16 jam lalu· Politik
Loke sindir Onn Hafiz: Presiden UMNO setiap minggu duduk sebelah dalam mesyuarat
June 7, 2026· Politik
Rakyat Johor perlu tolak Parti Kancil bawa politik dendam: AMK
June 7, 2026· Politik
Parti baharu Rafizi sahkan sertai PRN Johor
June 3, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Tak dicalonkan dalam PRN bukan alasan sabotaj parti: Aminuddin
2 jam lalu · Politik
Anwar dakwa sikap tak sabar punca PRN Negeri Sembilan terpaksa diawalkan
2 jam lalu · Politik
PKR bidas tindakan MP Petaling Jaya letak jawatan dalam parti
6 jam lalu · Politik
Rumah Jamal disita: 14 barang akan dilelong 22 Jun
6 jam lalu · Politik
Bila Samsuri nak lantik Pengerusi PN Negeri Sembilan, PRN dah dekat: Sanjeevan
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok