Belanjawan 2026 dijangka pacu ekonomi, teguh prinsip fiskal

October 1, 2025 · Isu semasa

Belanjawan 2026 dijangka memikul peranan penting sebagai peneraju fiskal dan pemangkin dasar bagi mengharungi cabaran semasa serta melonjakkan pembangunan mampan dan inklusif negara, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).

Sebagai belanjawan pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), ia diramal menjadi pemboleh daya utama untuk memperkukuh daya tahan ekonomi dan menyediakan landasan kukuh bagi pertumbuhan jangka sederhana.

Belanjawan tersebut dijangka memberi tumpuan kepada lima teras utama merangkumi kemampanan fiskal, rangsangan ekonomi, kebajikan sosial, peningkatan iklim perniagaan, dan kemajuan agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

“Belanjawan 2026 bersedia untuk bertindak sebagai penstabil dan pemangkin, menyediakan bantuan bersasar jika perlu serta memacu transformasi strategik untuk meningkatkan potensi ekonomi Malaysia dalam tempoh jangka panjang,” kata RHB IB dalam satu kenyataan.

Dari segi disiplin fiskal, sasaran defisit diunjurkan ditetapkan pada 3.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk tahun 2026.

“Ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk menyatukan kedudukan fiskal dan beralih ke arah sasaran defisit di bawah tiga peratus menjelang 2030, selaras dengan hasrat RMK-13,” tambah bank pelaburan itu.

Dari segi perbelanjaan pembangunan, RHB IB menjangkakan peruntukan antara RM86 bilion hingga RM89 bilion akan disediakan.

Peruntukan ini dijangka menumpukan pada pembangunan infrastruktur dan ketersambungan serantau.

“Keutamaan utama adalah untuk mengukuhkan mobiliti serantau dan menggalakkan pembangunan yang lebih seimbang merentas semua negeri,” jelasnya.

Secara keseluruhan, Belanjawan 2026 diharap dapat menangani isu kos sara hidup, menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS), serta mempercepat peralihan negara ke arah ekonomi hijau.

Berita berkaitan
Pelepasan cukai RM12,000, gaji bersih M40 dijangka naik Januari
October 20, 2026· Isu semasa
Syarat ekuiti Bumiputera 30 peratus kekal
October 20, 2026· Isu semasa
Perdagangan Malaysia cecah RM2.91 trilion, eksport melonjak: MATRADE
October 20, 2026· Isu semasa
Ekonomi Malaysia kembali rancak, pelabur semakin yakin: Amir Hamzah
October 19, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Polis Negeri Sembilan siasat dua kes hina institusi diraja, lelaki ditahan
8 jam lalu · Isu semasa
Jangan tular video insiden sekolah: MCMC
12 jam lalu · Isu semasa
Data 7.7 juta pengguna Waze didakwa dijual di dark web
14 jam lalu · Isu semasa
Super El Nino dijangka berlarutan hingga Januari 2027
16 jam lalu · Isu semasa
Jerebu: Malaysia tuntut Indonesia bertindak, bawa isu ke ASEAN
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok