Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyambut baik fokus Belanjawan 2026 di bawah Kementerian Komunikasi yang menekankan pengukuhan kesalinghubungan negara, pembangunan infrastruktur digital, serta pemerkasaan masyarakat melalui teknologi.
Bagi merealisasikan hasrat ini, MCMC akan melaksanakan beberapa inisiatif utama, antaranya projek bernilai RM2 bilion, Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM) sepanjang 3,190 km akan dibina dari Johor ke Sabah dan Sarawak bagi meningkatkan capaian Internet.
Sementara itu, RM780 juta diperuntukkan untuk memperluas liputan jalur lebar JENDELA 2 ke 2,700 lokasi baharu, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Selain itu, MCMC akan meningkatkan ketersambungan Internet di hospital awam dan klinik kesihatan dengan peruntukan RM650 juta.
Sebanyak RM350 juta pula akan digunakan untuk memperkasa 1,099 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) sebagai hab latihan dan keusahawanan.
Bagi meningkatkan kesiapsiagaan negara, sebuah Sistem Amaran Awal bencana akan dibangunkan dengan peruntukan RM210 juta.
Dalam pada itu, MCMC juga akan melabur RM2 bilion untuk membangunkan Sovereign AI Cloud bagi menjamin kedaulatan data negara yang selamat dan beretika.
Inisiatif ini turut merangkumi penubuhan AI Transformation Centre bersama Universiti Multimedia (MMU).
“Inisiatif-inisiatif strategik ini, termasuk pelaksanaan model dwirangkaian 5G, adalah bukti komitmen kami untuk memastikan manfaat teknologi dinikmati secara inklusif dan saksama oleh semua rakyat, di samping menyediakan perkhidmatan Internet yang lebih pantas dan mampu milik,” kata MCMC dalam satu kenyataan media.
Keseluruhannya, Belanjawan 2026 memperkukuh landasan ke arah memacu transformasi digital negara, memperkasa kedaulatan data, dan melindungi rakyat melalui teknologi termaju.
Saifuddin: Polis buka kertas siasatan, dakwaan Ismail dipaksa jadi perhatian
DKU: Tuanku Muhriz kekal bertakhta, proklamasi penurunan tak sah
FGV lantik firma audit bebas, semak isu tadbir urus
Saifuddin mahu elaun RELA RM8 disemak segera
Lawatan sulung PMX ke Maldives beri momentum baharu hubungan dua hala: Bernama
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum