Kementerian Komunikasi.
Kementerian Komunikasi (KK) menyambut baik peruntukan hampir RM2.56 bilion yang diterimanya dalam Belanjawan 2026 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim, bagi memperkukuh infrastruktur komunikasi dan merangsang ekonomi negara.
Peruntukan besar ini akan menumpukan kepada tiga inisiatif utama, iaitu pelaksanaan projek Point of Presence (PoP) dengan peruntukan RM770 juta, insentif galakan kepada penerbit filem tempatan dan antarabangsa berjumlah RM110 juta, serta RM10 juta khusus untuk insentif penganjuran konsert dalam rangka Tahun Melawat Malaysia 2026.
Selain itu, kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) turut memperuntukkan sebanyak RM3.99 bilion untuk projek-projek strategik.
Antara yang ketara ialah peruntukan RM2 bilion bagi membangunkan Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM) yang akan menghubungkan Semenanjung dengan Sarawak dan Sabah.
Jaringan digital akan diperluas lagi di bawah projek Jalinan Digital Negara Fasa 2 (JENDELA 2) dengan peruntukan RM780 juta.
Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan, RM650 juta diperuntukkan untuk menaik taraf ketersambungan Internet di hospital dan klinik awam.
Usahawan desa pula akan diperkasa melalui Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dengan peruntukan RM350 juta. Manakala, bagi mengukuhkan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi bencana, RM210 juta akan digunakan untuk membangunkan Sistem Amaran Awal (EWS).
MCMC juga akan melabur RM2 bilion untuk membangunkan Sovereign AI Cloud dan menubuhkan AI Transformation Centre bersama Universiti Multimedia Malaysia (MMU).
Kementerian Komunikasi percaya Belanjawan 2026 ini akan membawa impak besar.
“Kementerian Komunikasi yakin Belanjawan 2026 dapat meningkatkan lagi keterhubungan komunikasi, literasi digital serta mencambah hasil industri kreatif yang berkualiti,” menurut kenyataan media .
Inisiatif ini diharap dapat merangsang pertumbuhan ekonomi jingga dan memberi manfaat langsung kepada rakyat.
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
Bekas CEO bank hadap pertuduhan tipu pelaburan RM139.8 juta
Tiga maut dilanggar lori imigresen terbabas: Polis tahan dua pemandu
DUN Negeri Sembilan lulus belanjawan tambahan RM40.35 juta
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri