Belanjawan 2027: Kerajaan pinda akta, pemandu mabuk wajib tanggung pampasan

October 9, 2026 · Isu semasa

Kerajaan akan meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi mewajibkan pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah membayar pampasan kepada mangsa sebagai langkah memperketat tindakan terhadap kesalahan jalan raya berisiko tinggi.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata sebanyak 28 kes kematian akibat kemalangan membabitkan pemandu mabuk atau di bawah pengaruh dadah direkodkan sehingga Ogos tahun ini.

Beliau berkata langkah lebih tegas perlu diambil walaupun penguatkuasaan terhadap kesalahan berkenaan sudah diperketat.

“Pada malam Hari Kebangsaan lalu, seramai empat orang maut termasuk sepasang suami isteri dan anak kecil mereka, dalam nahas di LPT1, Temerloh.

“Tragedi seumpama ini menyentak sanubari kita. Walaupun penguatkuasaan telah diperketat, namun pelanggaran peraturan masih lagi membimbangkan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.

Selain pindaan undang-undang itu, kerajaan turut memperkenalkan beberapa langkah bagi meningkatkan keselamatan jalan raya, khususnya membabitkan kenderaan perdagangan.

Sistem telematik akan diwajibkan pada kenderaan perdagangan bagi memantau kelajuan, lokasi dan corak pemanduan berisiko, termasuk menghubungkannya dengan alat pengesan alkohol sebelum pemandu memulakan perjalanan.

Pelaksanaan secara sukarela akan diteruskan sehingga 2027, sementara kerajaan membangunkan pangkalan data pemandu bagi memperkukuh penguatkuasaan.

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) pula akan menyediakan baucar pemeriksaan kesihatan kepada pemandu kenderaan perdagangan bagi mengesan masalah kesihatan yang boleh menjejaskan keupayaan mereka ketika memandu.

Dalam usaha meningkatkan keselamatan infrastruktur jalan raya, kerajaan turut memperuntukkan RM40 juta bagi mempercepat pelaksanaan projek kecil, termasuk membaiki jalan berlubang melalui peranan Jurutera Daerah.

Sebanyak RM2.5 bilion turut disediakan untuk penyelenggaraan Jalan Persekutuan, termasuk hampir RM800 juta khusus kepada kontraktor G1 hingga G4.

Bagi jalan negeri, kerajaan menyediakan RM5.7 bilion menerusi dana Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia akan membina 15 tempat berteduh motosikal, memasang 70 kamera litar tertutup (CCTV) di lebuh raya PLUS dan menyediakan 50 kemudahan pengecasan kenderaan elektrik di lokasi strategik.

Berita berkaitan
Penjimatan negara membolehkan hasil dipulangkan kepada rakyat: Anwar
21 jam lalu· Isu semasa
Belanjawan 2027: Bantuan rakyat perlu disusuli peningkatan pendapatan
21 jam lalu· Politik
Anwar hargai bantuan Mesir permudah salur bantuan Malaysia ke Gaza
24 jam lalu· Isu semasa
Akmal kecam sindiran Eric See-To terhadap istilah ‘lighad’, jangan perlekeh al-Quran
October 10, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Lebih 400,000 peminjam PTPTN boleh tangguh bayaran
5 jam lalu · Isu semasa
Bekas pengetua rugi RM1.1 juta ditipu pelaburan palsu
5 jam lalu · Isu semasa
Raja Jordan lawat Malaysia dua hari mulai Ahad
5 jam lalu · Isu semasa
Gangguan penerbangan di Arab Saudi, warga Malaysia diminta berwaspada
5 jam lalu · Isu semasa
Jerebu: 15 kawasan catat IPU tidak sihat
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok