Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim, menyeru golongan belia supaya memimpin usaha memulihkan integriti dan menolak sebarang bentuk rasuah dalam pentadbiran negara.
Perdana Menteri menekankanprinsip tadbir urus yang baik serta kepemimpinan yang bersih amat penting untuk menjamin kemajuan Malaysia.
“Saya perlukan sokongan golongan muda dan anda semua perlu menerajui usaha berkenaan.”
“Anda perlu tegaskan, tiada lagi rasuah, penyeludupan dan sindiket di negara ini. Kepemimpinan perlu bersih dan kita mesti hentikan segala perkara tidak berfaedah ini,” katanya semasa sesi ‘In Conversation with Prime Minister’ di Persidangan Kemuncak Pemimpin Muda Antarabangsa (iFUTURE) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.
Beliau menegaskan generasi muda perlu bertekad untuk mendukung nilai akauntabiliti dan integriti sebagai teras kepimpinan negara.
Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menyentuh mengenai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) serta Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza (FFC x TMTG).
Anwar menjelaskan bahawa inisiatif tersebut bukan berasal daripadanya, tetapi digerakkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) global yang prihatin terhadap penderitaan rakyat Palestin.
“Inisiatif ini bukan inisiatif saya. Saya tak boleh ambil ‘kredit’. Ada sekumpulan anak muda di negara ini mahu menerajui usaha berkenaan dan saya kata okey, kita beri sokongan dan bantuan,” ujarnya.
Beliau berkata secara kebetulan menjadi pemimpin dunia pertama yang memberikan sokongan rasmi kepada misi kemanusiaan berkenaan setelah diminta oleh kumpulan belia terbabit.
Sementara itu, berkaitan bantuan kemanusiaan ke Palestin, Anwar menyatakan bahawa beliau akan menghubungi Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, untuk membincangkan pelaksanaan gelombang kedua Sumud Nusantara melalui lintasan sempadan Rafah.
Mufti Wilayah ingatkan bahaya istilah ‘menunggang agama’
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum