Bersama kecundang di Johor, semua calon hilang deposit

July 11, 2026 · Politik

Parti Bersama gagal mencipta kejutan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor apabila kesemua 15 calonnya hilang wang deposit selepas tidak memperoleh sekurang-kurangnya 12.5 peratus undi di kerusi yang ditandingi.

Pengasas Bersama, Rafizi Ramli berkata, berdasarkan analisis awal daripada Borang 14 yang diterima, calon parti itu hanya meraih purata antara tiga hingga enam peratus undi, sekali gus gagal mencapai sasaran minimum untuk mengekalkan deposit.

“Ini bermakna kesemua calon Bersama hilang deposit kerana tidak mendapat undi minimum 12.5 peratus. Ia juga tidak melepasi sasaran untuk tidak hilang deposit dan mencapai 15 peratus undi,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada rakyat Johor yang keluar mengundi serta memberi sokongan kepada calon-calon Bersama, walaupun parti itu baru berusia 52 hari ketika berdepan pilihan raya pertamanya.

Menurut Rafizi, penelitian awal mendapati berlaku peralihan sokongan yang ketara kepada Barisan Nasional (BN) membabitkan pelbagai kelompok pengundi tanpa mengira umur dan kaum.

Katanya, perubahan corak pengundian itu bukan sahaja memberi kelebihan kepada BN, malah turut menjejaskan prestasi parti-parti lain termasuk Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Bersama dan Muda.

“Di pihak Bersama, kami akan memperhalusi keputusan pengundian untuk menambah baik pendekatan dalam memenangi hati pengundi pada masa hadapan,” katanya.

Walaupun keputusan itu mengecewakan, Rafizi menyifatkan pengalaman berkempen dalam PRN Johor sebagai proses pembelajaran penting untuk membina asas parti yang masih baharu.

Bersama ditubuhkan selepas Rafizi meninggalkan PKR dan mengambil alih Parti Bersama Malaysia sebagai platform politik baharu.

Berita berkaitan
Ab Rauf titip tiga pesan sebelum DUN Melaka dibubar
3 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PH sedia jalan sendiri jika BN tak berminat kerjasama
16 jam lalu· Politik
Rafizi mahu syarat tahanan rumah Najib didedah
September 18, 2026· Politik
PAS mahu PRN SG4 serentak dengan PRU-16, tolak cadangan UMNO: Hadi
September 18, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Krisis takhta NS, Syahredzan nasihat jangan cabar institusi Raja sesuka hati
3 jam lalu · Politik
PUTRA lapor polis, dakwa Exco Negeri Sembilan ganggu institusi Raja
3 jam lalu · Politik
Amanah mahu MB Negeri Sembilan bubar DUN
11 jam lalu · Politik
Ahli PAS digesa utamakan dana kompleks parti, bukan tabung Najib: Iskandar
11 jam lalu · Politik
Tahanan rumah Najib: Mahfuz persoal asas undang-undang pengampunan
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok