Bersatu belum buka pintu terima bekas ahli, tak ikut jejak UMNO: Muhyiddin

April 26, 2026 · Politik

Parti Bersatu menegaskan belum merancang untuk menerima semula mana-mana ahli atau pemimpin yang telah dipecat atau digantung, berbeza pendekatan UMNO yang kini membuka ruang melalui gagasan Rumah Bangsa.

Presidennya, Muhyiddin Yassin berkata tindakan disiplin yang dikenakan terhadap bekas ahli parti itu masih baharu dan belum melalui tempoh yang sesuai untuk dinilai semula.

Menurutnya, situasi tersebut tidak sama dengan UMNO yang memberi peluang kepada pemimpin lama yang telah lama meninggalkan parti.

“Setakat hari ini, kita kekalkan keputusan itu dan belum ada perancangan untuk menerima mereka semula.

Kita juga tidak pasti sama ada ada rayuan dikemukakan,” katanya kepada media selepas Konvensyen Bersatu Selangor bertemakan “Memperkukuh Agenda Peduli Rakyat”.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan semakan semula boleh dibuat sekiranya terdapat kes tertentu.

“Jika ada kes khas, Lembaga Disiplin boleh teliti semula dan Majlis Pimpinan Tertinggi boleh pertimbangkan. Tetapi setakat ini, perkara itu belum timbul,” tambahnya.

Pada Februari lalu, Bersatu mengambil tindakan tegas dengan memecat 17 pemimpin termasuk tokoh kanan parti atas pelanggaran disiplin, satu langkah yang mencetuskan perbincangan mengenai hala tuju parti dan pengurusan dalaman.

Mengulas kemungkinan bekas ahli Bersatu menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin berkata permohonan boleh dibuat, namun keputusan akhir terletak pada Majlis Tertinggi gabungan itu.

“Permohonan akan dinilai berdasarkan beberapa asas seperti tempoh pendaftaran parti, struktur kepimpinan dan kekuatan akar umbi,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa beberapa parti lain seperti Parti Pejuang Tanah Air dan Parti Berjasa Malaysia telah mengemukakan permohonan untuk menyertai PN, namun keputusan masih belum dibuat kerana perkara itu belum dibincangkan secara rasmi oleh Majlis Tertinggi.

Berita berkaitan
Onn Hafiz ubah jadual untuk hadir ke majlis bersama Loke
7 jam lalu· Isu semasa
BN hampir selesai rundingan kerusi, fokus kempen berteraskan dasar: Asyraf Wajdi
8 jam lalu· Politik
Onn Hafiz dan Loke bertemu selepas perang mulut politik
8 jam lalu· Isu semasa
PAS cadang perpaduan Melayu, tetapi tak mahu Hamzah dalam parti
10 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Pasukan khas pantau isu 3R menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan
June 16, 2026 · Politik
Hakim sifatkan skandal 1MDB sebagai kleptokrasi terburuk dunia
June 16, 2026 · Politik
Fahmi nasihat Ketua Pengarah J-Kom agar berhati-hati di media sosial
1 jam lalu · Politik
Dikritik ‘katak’ politik, Zaid sasar kembali bertanding PRU atas tiket PAS
10 jam lalu · Politik
PRN Johor: Anwar gesa pengundi pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
22 jam lalu
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok