Spekulasi Jalaluddin bakal ganti MB Negeri Sembilan?

April 27, 2026 · Politik

Krisis politik di Negeri Sembilan semakin hangat apabila timbul spekulasi kemungkinan pertukaran Menteri Besar (MB) sebagai jalan kompromi bagi mengekalkan kestabilan kerajaan negeri.

Kemelut bermula susulan tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO-Barisan Nasional (BN) menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Aminuddin Harun.

Beberapa pertimbangan cadangan bagi mencari jalan tengah terbaik dikemukakan, antaranya dengan melantik Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias sebagai Menteri Besar baharu, sambil mengekalkan kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan BN di bawah Kerajaan Perpaduan.

Langkah itu dilihat sebagai jalan tengah untuk mengelakkan pembentukan kerajaan baharu melibatkan Perikatan Nasional (PN), yang sebelum ini menyatakan kesediaan bekerjasama dengan BN.

“Kita akan umum kemudian,” kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim dipetik laporan media.

Pada masa sama, Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata tindakan 14 ADUN BN adalah keputusan mereka sendiri dan akan mengadakan pertemuan dengan semua pihak berkaitan bagi mencari penyelesaian terbaik.

Untuk rekod, Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi DUN, dengan PH memegang 17 kerusi, BN 14 kerusi dan PN lima kerusi.

Krisis ini tercetus selepas BN Negeri Sembilan secara terbuka menyatakan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Aminuddin.

Situasi tersebut mencetuskan persoalan sama ada PH bersedia menyerahkan jawatan Menteri Besar kepada wakil BN demi mengekalkan kerjasama sedia ada.

Sebagai latar belakang, Kerajaan Perpaduan dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 bagi memastikan kestabilan politik negara melalui kerjasama antara PH dan BN.

Model kerjasama ini turut diterapkan di beberapa negeri termasuk Negeri Sembilan.

Namun, sebarang pertukaran Menteri Besar tetap tertakluk kepada peruntukan perlembagaan negeri, termasuk keperluan membuktikan sokongan majoriti ADUN serta perkenan Istana Negeri Sembilan.

Berita berkaitan
Zahid beri bayangan tiada kerjasama dengan PN di Negeri Sembilan?
April 27, 2026· Politik
PRN Negeri Sembilan kemungkinan tidak berlaku: PMX
April 27, 2026· Politik
Malaysia kekal terbuka terima pelabur, tapi kedaulatan diutamakan: Anwar
7 jam lalu· Isu semasa
Krisis Negeri Sembilan: PKR minta jaga BN semangat dalam Kerajaan Perpaduan
9 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
SPRM ambil keterangan bekas pembantu Rafizi esok
7 jam lalu · Politik
Keputusan kes Syed Saddiq kekal bebas atau dipenjara pada 30 Jun
9 jam lalu · Politik
Tidak bubar DUN buat masa ini, Aminuddin terus tadbir negeri
9 jam lalu · Politik
Tindakan UMNO tarik sokongan di Negeri Sembilan demi prinsip: Akmal
12 jam lalu · Politik
AMK Selangor lapor polis isu hina institusi diraja di media sosial
12 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok