Bersatu gesa sokong calon PN bukan UMNO-BN, Tun Faisal sanggah PAS

June 28, 2026 · Politik

Bersatu mengulangi pendirian supaya penyokong Perikatan Nasional (PN) memberikan sokongan kepada semua calon yang bertanding menggunakan logo gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ketua Penerangannya, Tun Faisal Ismail, berkata kemenangan mana-mana calon yang menggunakan lambang PN adalah kemenangan gabungan itu secara keseluruhan tanpa mengira parti yang diwakili, menyanggah gesaan PAS supaya pengundi memilih calon Barisan Nasional (BN) di kawasan yang tidak ditandingi PN.

Menurutnya, Bersatu kekal komited bersama PN dan menganggap kesetiaan kepada jenama gabungan itu penting bagi memastikan sokongan pengundi tidak berpecah.

“PN bertanding sebagai satu entiti. Kemenangan semua calon yang menggunakan logo PN, termasuk daripada Pejuang, adalah kemenangan PN.

“Sebagai pemimpin parti anggota dalam PN, kesetiaan kepada jenama ini perlu jelas agar kemenangan PN dapat dimaksimumkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu dilihat hadir ketika kempen PRN Johor menyaksikan PAS menggesa penyokongnya mengundi calon BN di kerusi yang tidak ditandingi PN, sekali gus mencetuskan perbezaan pendekatan dalam kalangan parti pembangkang.

Tun Faisal berkata, pendirian Bersatu itu menjadi lebih penting selepas Presiden BN menegaskan sekiranya gabungan itu diberi mandat mentadbir Johor, pentadbirannya akan selari dengan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

Beliau mendakwa kenyataan tersebut menunjukkan sokongan kepada BN secara tidak langsung memberi kelebihan kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim serta Pakatan Harapan (PH).

“Ini mengukuhkan sebab kenapa parti-parti anggota PN perlu memberikan sokongan penuh kepada semua calon PN dan bukan BN,” katanya.

Beliau turut memberi jaminan bahawa Bersatu akan terus berkempen dan menyokong semua calon yang bertanding menggunakan logo PN sepanjang tempoh kempen PRN Johor.

Berita berkaitan
Bersatu tidak akan arah ahli undi parti lain macam PAS buat: Muhyiddin
June 29, 2026· Politik
PRN Johor: Lebih 24,000 kertas undi pos mula diedarkan
June 29, 2026· Politik
Puad dakwa Onn Hafiz takut berdebat, pernah diminta hadkan perbahasan DUN
June 29, 2026· Politik
PRN Johor: Amanah bidas UMNO terdesak mengemis sokongan PAS
2 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Maszlee uji sendiri jalan Tebrau, akui ‘melambung’ naik Myvi: Bernama
3 jam lalu · Politik
Jangan alih isu, AMK mahu Onn Hafiz jelaskan janji BN dulu yang tertunggak
3 jam lalu · Politik
Selepas ‘ceraikan’ Bersatu, Hadi gesa orang Melayu mengundi pemimpin Islam pula
5 jam lalu · Politik
PRN Johor: Puad dakwa UMNO bergantung dengan kerjasama PAS untuk menang
5 jam lalu · Politik
Bersama sahut cabaran PRN Johor, di mana Wawasan bertanding? – Rafizi
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok