Bersatu Kelantan nafi terlibat gerakan jatuhkan Muhyiddin, beri sokongan penuh

September 11, 2025 · Politik

Badan Pimpinan Negeri (BPN) Parti Bersatu Kelantan memberi sokongan padu mereka terhadap Presiden parti, Muhyiddin Yassin, sekaligus menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa mereka pernah mempersoalkan kedudukan Ahli Parlimen Pagoh itu.

Setiausaha Bersatu Kelantan, Mohd Wira Arjuna Muhamad, berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan menunjukkan wujud keraguan terhadap kepimpinan Muhyiddin seperti laporan media yang mendakwa wujud konflik baru-baru ini.

“Sebarang laporan di portal berita atau akhbar yang menimbulkan persepsi seolah-olah ada keraguan daripada Bersatu Kelantan terhadap Presiden parti adalah tidak benar dan bukan daripada sumber rasmi,” katanya.

Jelasnya lagi, Muhyiddin telah diberikan mandat secara sebulat suara oleh perwakilan dalam Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) 2025 untuk terus menerajui Bersatu sehingga penggalnya tamat pada tahun 2027.

“Bersatu Kelantan kekal berpegang teguh dengan mandat itu serta konsisten menyokong kepimpinan Muhyiddin tanpa berganjak,” ujarnya.

“Sekiranya ada mana-mana ahli atau pemimpin yang menyatakan pendirian berbeza, ia adalah pendapat peribadi semata-mata dan sama sekali tidak mewakili pendirian rasmi Bersatu Kelantan,” tambahnya lagi.

Kenyataan ini dikeluarkan sebagai respons kepada laporan media tempatan pada Rabu yang mendakwa sekurang-kurangnya enam daripada 14 ketua bahagian Bersatu di Kelantan mengakui menandatangani akuan bersumpah (SD) yang mendesak Muhyiddin berundur dan menyerahkan jawatan Presiden kepada timbalannya, Hamzah Zainuddin.

Berita berkaitan
Amanah cadang PH bentuk ‘khemah besar’ hadapi PRU-16, kerjasama dengan Bersatu
22 jam lalu· Politik
Kedudukan Bersatu dalam PN bakal dibincang, bakal disingkir?
September 1, 2026· Politik
Bersatu sambut baik langkah kerajaan ringankan beban rakyat: Muhyiddin
August 31, 2026· Politik
Bersatu masih komponen PN, tapi hubungan politik terhenti secara teknikal: Takiyuddin
August 30, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
13 jam lalu · Politik
PAS dicabar tarik balik Amanat Hadi, ramai orang UMNO masih tersinggung
18 jam lalu · Politik
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
18 jam lalu · Politik
Pelantikan Ketua Audit Negara perlu bebas campur tangan politik: Syahredzan
19 jam lalu · Politik
PAS-UMNO makin terbuka, hantar wakil hadir ke PAU
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok