Syarat pengampunan Najib perlu dijelaskan kepada rakyat: Bersatu

September 19, 2026 · Politik

Bersatu menghormati kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong, namun meminta kerajaan menjelaskan secara terperinci syarat pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Najib Razak, termasuk pelaksanaan baki hukuman secara tahanan di rumah.

Setiausaha Agung Bersatu, Mohamed Azmin Ali berkata, parti itu kekal berpegang kepada prinsip negara hukum, keadilan serta kesaksamaan dalam pelaksanaan undang-undang tanpa mengira kedudukan atau pangkat seseorang.

Menurutnya, Bersatu konsisten menentang kleptokrasi, rasuah dan penyalahgunaan kuasa, selain berpendirian khazanah negara tidak boleh disalahgunakan.

“Bersatu tuntas dalam perjuangan menentang kleptokrasi, amalan rasuah dan salah guna kuasa. Inilah prinsip perjuangan kami yang akan kekal menjadi asas perjuangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata Bersatu menghormati Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang memberikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memberi pengampunan, menunda atau meringankan hukuman.

Katanya, kuasa berkenaan terpakai kepada semua banduan yang berhak memohon pengampunan melalui proses yang ditetapkan undang-undang.

Bagaimanapun, beliau berkata keputusan berkaitan Najib menimbulkan persoalan dalam kalangan rakyat mengenai prinsip kesaksamaan di sisi undang-undang, terutama jika baki hukuman dilaksanakan melalui tahanan di rumah.

“Kerajaan wajar menjelaskan kerangka undang-undang, tatacara dan kriteria yang akan digunakan bagi pelaksanaan tahanan di rumah, termasuk sama ada keistimewaan yang sama boleh dipertimbangkan secara adil kepada banduan lain yang memenuhi kriteria ditetapkan,” katanya.

Bersatu turut menegaskan penjelasan itu penting bagi mengelakkan persepsi wujud perbezaan layanan berdasarkan kedudukan, pengaruh atau latar belakang seseorang.

Mohamed Azmin berkata semua syarat yang dikenakan terhadap Najib perlu dinyatakan dengan jelas dan diumumkan kepada rakyat bagi memastikan pelaksanaan keputusan Lembaga Pengampunan berlangsung secara telus.

“Perincian ini penting untuk mengelak keresahan dan kemarahan rakyat yang boleh menggugat integriti badan kehakiman dan keyakinan rakyat kepada sistem perundangan negara,” katanya.

Najib sebelum ini menjalani hukuman penjara selepas disabitkan bersalah dalam kes SRC International.

Keputusan pengampunan bersyarat kemudian menjadi perhatian susulan isu baki hukuman serta cadangan pelaksanaannya melalui tahanan di rumah.

Berita berkaitan
Sheikh Umar: Sepatutnya Zahid patut letak jawatan, bukan Loke
September 20, 2026· Politik
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
September 20, 2026· Isu semasa
G25 mahu rakyat tahu nasihat AG mengenai tahanan rumah Najib
September 20, 2026· Politik
Pengampunan Najib: Anwar dedah apa yang dibincangkan dengan Agong
September 20, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PKR Kedah tolak gesaan supaya bubar Parlimen awal
September 20, 2026 · Politik
Isu letak jawatan: Anwar mahu jumpa Loke selepas pulang dari Shanghai
September 20, 2026 · Politik
Bersatu tunggu keputusan RoS berhubung aduan PN: Muhyiddin
8 jam lalu · Politik
Van polis ditempatkan di kediaman Najib mulai esok
8 jam lalu · Politik
Najib kekal di Kajang selagi denda RM50 juta belum dibayar
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok