Bersatu pecat Chegubard yang setia jadi ‘macai’ Hamzah

March 19, 2026 · Politik

Parti Bersatu memecat Ketua Bahagian Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, susulan dakwaan pelanggaran disiplin parti.

Menerusi satu notis rasmi yang dilihat media, Pengerusi Lembaga Disiplin Radzi Manan, memaklumkan keputusan itu dibuat selepas Badrul didapati melanggar perlembagaan parti, khususnya Klausa 9.1.4 serta Kod Tata Kelakuan dan Etika Ahli.

Menurut Radzi, tindakan itu turut diambil selepas Badrul gagal memberi maklum balas terhadap surat tunjuk sebab yang dihantar pada 10 Mac lalu.

“Ahli berkenaan tidak memberikan sebarang penjelasan dalam tempoh yang ditetapkan, justeru lembaga membuat keputusan untuk memecat beliau,” katanya.

Klausa 9.1.4 dalam perlembagaan Bersatu merujuk kepada kewajipan ahli dalam melaksanakan tugas parti serta menghadiri mesyuarat dan aktiviti yang ditetapkan.

Walaupun notis berkenaan tidak memperincikan kesalahan secara khusus, Badrul sebelum ini dilaporkan berkata beliau dituduh mencemarkan imej parti ketika satu sidang media pada Julai tahun lalu. Selain itu, beliau juga diminta menjelaskan beberapa kenyataan di media sosial, termasuk penggunaan kata-kata kesat.

Badrul mengesahkan pemecatan tersebut dan berkata dimaklumkan mengenainya melalui aplikasi WhatsApp sekitar jam 6 petang.

“Saya dimaklumkan secara ringkas sahaja mengenai keputusan ini,” katanya.

Dalam reaksinya, beliau turut mendakwa kepimpinan parti lebih memihak kepada pihak tertentu.

“Ada tekanan supaya semua orang mengikut kehendak presiden,” dakwanya.

Pemecatan ini menambah senarai tindakan disiplin dalam Bersatu sejak kebelakangan ini.

Pada Februari lalu, parti itu turut memecat beberapa pemimpin kanan termasuk timbalan presidennya, Hamzah Zainudin.

Berita berkaitan
RM5 juta masuk akaun Bersatu, tiada satu masuk dalam akaun peribadi: Saksi
April 16, 2026· Politik
Ketua Bersatu Pahang ditamatkan khidmat, didakwa sokong Hamzah
April 16, 2026· Politik
Ganti Ketua Pembangkang baharu perlu perbincangan menyeluruh: Hadi
April 16, 2026· Politik
PN kena segera lantik Ketua Pembangkang, sokong sesiapa saja calon PAS: Muhyiddin
April 15, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Darurat bukan jalan tangguh PRN, bercanggah amalan demokrasi: Hassan Karim
22 jam lalu · Politik
Runding kerusi parti komponen PH mesti ikut saluran rasmi: Saifuddin Nasution
April 16, 2026 · Politik
Isu PRN Melaka: MP DAP dan Akmal bertikam lidah
April 16, 2026 · Politik
Amanah kritik cadangan PAS tangani krisis ekonomi tak realistik
April 15, 2026 · Politik
Akmal bidas DAP Kota Melaka cadangkan isytihar darurat tangguh PRN
April 15, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok