Bersatu sah tanding 24 kerusi di Negeri Sembilan guna logo sendiri

July 17, 2026 · Politik

Bersatu mengesahkan akan bertanding di 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), termasuk menampilkan dua calon daripada Parti Urimai, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dengan menggunakan logo parti itu sendiri.

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin berkata keputusan tersebut mencerminkan keyakinan parti terhadap kekuatan dan kematangannya selepas berkembang sebagai antara parti utama di negara ini.

Menurutnya, Bersatu kini mempunyai kira-kira 700,000 ahli, 400 cawangan dan 186 bahagian di seluruh negara, sekali gus memberi keyakinan kepada parti untuk tampil menggunakan lambang sendiri.

“Guna logo sendiri bermakna Bersatu sudah sampai ke satu peringkat kematangan. Kita diiktiraf sebagai salah satu parti yang berpengaruh di Malaysia.

“Bersatu ditubuhkan berasaskan integriti, maruah, keadilan dan kesaksamaan dalam memperjuangkan isu rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.

“Sebab itu kami mengambil pendirian bertanding menggunakan logo Bersatu. Ada yang kata bertanding secara solo ada risiko, *so what?* Bertanding guna logo PN pun ada risikonya. Jadi kami buat keputusan tepat untuk bertanding di bawah logo sendiri,” katanya ketika mengumumkan senarai calon Bersatu di Nilai pada Jumaat.

Bersatu akan meletakkan calon di kerusi Pertang, Sungai Lui, Klawang, Serting, Palong, Jeram Padang, Lenggeng, Nilai, Temiang, Sikamat, Ampangan, Juasseh, Seri Menanti, Senaling, Labu, Rahang, Mambau, Seremban Jaya, Paroi, Kota, Bagan Pinang, Linggi, Sri Tanjung dan Gemas.

Daripada jumlah itu, dua calon mewakili Parti Urimai akan bertanding di DUN Mambau dan Seremban Jaya, manakala beberapa lagi calon berstatus calon bersekutu.

Antara calon yang diumumkan ialah Tun Faisal Ismail Aziz di DUN Sikamat, Mohd Nazree Mohd Yunus (Paroi), Sheikh Junaidy Jamaludin (Bagan Pinang), Zamri Md Said (Linggi) dan Mohd Fadhil Daud (Gemas).

Keputusan Bersatu menggunakan logo sendiri dibuat ketika hubungan parti itu dengan PAS dalam Perikatan Nasional (PN) semakin tegang.

Sebelum ini, PAS mengumumkan penamatan kerjasama politik dengan Bersatu berkuat kuasa serta-merta.

Susulan perkembangan itu, Bersatu mendakwa tidak dilibatkan dalam rundingan pembahagian kerusi PRN Negeri Sembilan selepas PAS dikatakan memilih untuk menjalin kerjasama pilihan raya bersama Barisan Nasional (BN).

Bersatu juga mendakwa tidak diberi peluang bertanding menggunakan logo PN selepas mesyuarat Jawatankuasa Rundingan Kerusi gabungan itu ditangguhkan tanpa sebarang tarikh baharu.

Perkembangan tersebut akhirnya membawa kepada keputusan Bersatu untuk bergerak sendiri pada PRN Negeri Sembilan dengan mempertaruhkan 24 calon menggunakan logo parti.

Berita berkaitan
Fahmi: Politik kebencian dan sentimen perkauman tak selesaikan masalah rakyat
July 26, 2026· Politik
14 kertas siasatan dibuka sepanjang kempen PRN Negeri Sembilan
1 jam lalu· Politik
BN tidak kompromi isu perkauman walau ada kerjasama politik: Zambry
1 jam lalu· Politik
Kempen masuk minggu kedua, Aminuddin fokus dekati pengundi seramai mungkin
1 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Fahmi: Politik sepatutnya menyatupadukan rakyat, tindakan pemimpin PAS dikritik
12 jam lalu · Politik
Selepas BN enggan kongsi manifesto, PN tampil dengan tawaran sendiri
12 jam lalu · Politik
Aminuddin dakwa manifesto BN tiru tawaran PH, salin dan tukar sahaja
12 jam lalu · Politik
BN-PN tak tergesa-gesa bentuk gabungan, UMNO berhati-hati dengan PAS
12 jam lalu · Politik
Muhyiddin jangka kerjasama BN-PN sukar bertahan
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik
17 jam lalu
[VIDEO] Zahid: Elok Sanusi balik Kedah, tak perlu lagi berkempen di NS
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok