BERSIH sahkan tak hadir himpunan ‘Turun Anwar’ esok, tak sokong tukar kerajaan

July 25, 2025 · Politik

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menyatakan pendirian tidak akan menyertai Himpunan ‘Turun Anwar’ yang dijadual berlangsung di ibu negara esok.

Selain BERSIH, beberapa pertubuhan masyarakat sivil (CSO) yang dijemput juga menyatakan pendirian untuk tidak menyertai himpunan esok dan mengeluarkan kenyataan bersama tidak menyokong sebarang langkah untuk menukar kerajaan sedia ada.

“Betul (tidak hadir),” katanya Pengerusi BERSIH, Muhammad Faisal Abdul Aziz dipetik dalam laporan sebuah portal hari ini.

Selain BERSIH, lima lagi CSO yang tidak akan hadir pada perhimpunan esok adalah C4, IDEAS, Projek Sama, Pusat Komas dan Transparency International Malaysia (TIM).

Sementara itu, dalam kenyataan bersama enam CSO itu, mereka menjelaskan, pertemuan sebelum ini tidak mempunyai agenda khusus, namun beri peluang mereka mengajukan cadangan reformasi institusi supaya diangkat Perikatan Nasional (PN), khususnya ketua pembangkang.

Beliau berkata, reformasi institusi juga akan terbunuh sekiranya politik negara tidak stabil.

“Atas dasar ini, kami menolak perubahan kerajaan pada pertengahan penggal melalui pintu belakang seperti Langkah Sheraton yang mengucar-ngacirkan politik negara di tengah-tengah pandemik Covid-19.

“Jikalau ada pertukaran kerajaan, kerajaan seterusnya belum tentu ada komitmen yang jelas dan bersungguh melakukan reformasi institusi, atau terlalu rapuh bagi melakukan sebarang perubahan yang bermakna.

“Kami ingin melihat pelaksanaan reformasi institusi yang dapat menyediakan gelanggang yang sama rata untuk semua parti dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16,” katanya.

Mereka juga percaya negara memerlukan satu reformasi institusi menyeluruh, kukuh dan bermakna untuk kita sebagai sebuah masyarakat dapat bergerak ke hadapan dengan sistem politik dan keadilan lebih baik.

Katanya, reformasi institusi benteng untuk rakyat menyemak imbang kerajaan dan penguasa agar tidak menyalahgunakan institusi dan kuasa yang diturunkan kepada mereka demi kepentingan politik dan peribadi.

“Atas premis ini, kami sedia malah sudah pun berjumpa, berbincang dan berforum dengan Ahli Parlimen merentas parti politik bagi mendesak agenda reformasi ini dilaksanakan kerajaan.

“Perlu ditegaskan, setiap libat urus harus berasaskan kepada iltizam bersama untuk membawa perubahan serta nilai kebersamaan, ketelusan dan kejujuran,” katanya.

Berita berkaitan
Bukit Aman hubungi Hadi dakwaan AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan Malaysia
9 jam lalu· Politik
PAS: Ketidakhadiran Zahid bukan tanda UMNO solo, kerjasama diteruskan
September 5, 2026· Politik
Johari: Biar presiden BN-PN bincang kerusi
September 5, 2026· Politik
Kerajaan bergolak saling menyerang, PAS cadang bubar Parlimen
September 5, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Dakwaan tawaran AS jatuhkan kerajaan: Polis terima 12 laporan terhadap Hadi
4 jam lalu · Politik
Mahfuz: PAS jangan jadikan syurga sebagai umpan undi
6 jam lalu · Politik
PRN Melaka makin dekat, DUN bubar dua Jumaat lagi Rauf beri bayangan
10 jam lalu · Politik
AS nafi campur tangan, AMK desak Hadi tampil dengan bukti
10 jam lalu · Politik
Dakwa kuasa asing terlibat, kenapa tak lapor polis soal ketua AMK
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok