PAS: Ketidakhadiran Zahid bukan tanda UMNO solo, kerjasama diteruskan

September 5, 2026 · Politik

Ketidakhadiran Ahmad Zahid Hamidi pada Muktamar Tahunan PAS Ke-72 tidak bermakna UMNO akan bergerak solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan menegaskan perundingan politik antara kedua-dua parti masih berjalan dan perkara itu tidak terjejas hanya kerana Presiden UMNO tidak hadir pada muktamar PAS.

Menurutnya, beliau sendiri terbabit secara langsung dalam rundingan berkenaan dan proses itu akan diteruskan dalam tempoh terdekat.

“Tidak langsung, tidak sama sekali. Saya boleh mengesahkan perkara itu sebab antara yang terlibat secara langsung.

“Kami akan teruskan, perundingan kita akan diteruskan mungkin dalam sehari dua ini,” katanya pada sidang media selepas penutupan Muktamar Tahunan PAS Ke-72, hari ini.

Takiyuddin berkata, PAS juga akan meneruskan usaha memperkukuh hubungan politik dengan parti lain dalam kerangka kerjasama yang sedang dibincangkan.

Beliau berkata, susulan kelulusan usul Penyatuan Ummah pada muktamar itu, Perikatan Nasional (PN) dijangka mengadakan mesyuarat dalam bulan ini bagi membincangkan hala tuju kerjasama politik.

“Antara agenda utama ialah persiapan menghadapi PRN Melaka dan juga persediaan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU),” katanya.

Pada masa sama, Takiyuddin berkata PAS kekal yakin hubungan antara PN dan Barisan Nasional (BN) berada pada landasan yang baik.

Beliau turut menafikan setakat ini wujud rundingan melibatkan Pakatan Harapan (PH), termasuk PKR, dalam kerjasama politik yang sedang dibincangkan.

“Setakat ini, tiada rundingan dengan PH termasuk PKR,” katanya.

Muktamar Tahunan PAS Ke-72 sebelum ini meluluskan empat usul utama, termasuk usul Penyatuan Ummah yang menjadi antara fokus utama perbahasan perwakilan.

Perkembangan rundingan antara PAS dan UMNO menjadi perhatian susulan PRN Melaka yang dijangka menjadi medan penting untuk menguji kekuatan kerjasama politik serta persiapan parti menjelang PRU akan datang.

Berita berkaitan
Zahid tak akan benar usul gugat MB Negeri Sembilan
8 jam lalu· Politik
PN sasar lebih empat kerusi di Melaka hasil rundingan dengan UMNO: Tuan Ibrahim
October 9, 2026· Politik
Adly kritik Akmal, dakwa main sentimen kaum dan agama
October 9, 2026· Politik
DNAA: Zahid, AG dapat kebenaran cabar semakan kehakiman Badan Peguam
October 8, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Belanjawan 2027: Bantuan rakyat perlu disusuli peningkatan pendapatan
8 jam lalu · Politik
PKR lapor polis isu sindiran ayat al-Quran oleh Eric See-To
13 jam lalu · Politik
Akmal kecam sindiran Eric See-To terhadap istilah ‘lighad’, jangan perlekeh al-Quran
15 jam lalu · Politik
Mat Sabu: Jadikan krisis Negeri Sembilan pengajaran buat pengundi PRN Melaka
October 9, 2026 · Politik
Parlimen: 19 kes DNAA libatkan 12 ahli politik sejak 2010
October 9, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok