Allahyarham Bung Moktar Radin, dan isterinya, Zizie Izette Abdul Samad.
Perbicaraan rasuah membabitkan Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin dan isterinya, Zizie Izette Abdul Samad, yang sepatutnya berlangsung minggu ini, telah ditangguhkan ke Januari 2026.
Penangguhan itu dibenarkan oleh Hakim Rosli Ahmad di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, berikutan permohonan daripada pihak pembelaan yang beralasan susulan berlangsungnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 29 November ini.
Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fadhly Mohd Zamry, memaklumkan mahkamah satu surat permohonan telah dihantar oleh pihak pembelaan pada 4 November lalu bagi memohon penangguhan tersebut.
“Mahkamah membenarkan perbicaraan pada 27 Nov dan 3 Dis ditangguhkan, dan perbicaraan akan bersambung pada 12 hingga 14 Jan 2026,” jelas Hakim Rosli semasa prosiding sebutan kes itu yang turut dihadiri oleh peguam Ridha Abdah Subri, mewakili Bung Moktar.
Mengikut jadual perbicaraan, pihak pembelaan akan memanggil Zizie Izette untuk memberi keterangan pada prosiding tersebut tahun 2026 nanti.
Bung Moktar didakwa pada 3 Mei 2019 dengan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500.
Rasuah itu didakwa sebagai dorongan untuk beliau mendapatkan kelulusan Felcra bagi melaburkan RM150 juta dalam sebuah unit amanah Public Mutual.
Beliau didakwa menerima wang suapan itu daripada seorang ejen pelaburan melalui Zizie Izette di sebuah cawangan Public Bank di Taman Melawati pada Jun 2015.
Selain itu, beliau juga didakwa menerima suapan lain berjumlah RM337,500 melalui akaun unit amanah yang didaftarkan atas nama isterinya.
Kesemua pertuduhan terhadap Bung Moktar dikemukakan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan jika sabit kesalahan, beliau boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun serta denda.
Manakala Zizie Izette berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya, yang juga membawa hukuman maksimum yang setara jika disabitkan kesalahan.
PRN NS: Pengundi tentukan kemenangan, bukan ramalan atau nujum
Zahid ucap ‘selamat berjaya’ secara sinis kepada Hamzah selepas dicadang jadi PM
ADUN Seri Serdang bidas kempen Sanusi, seru politik lebih matang
Manifesto PH fokus pelaburan dan pekerjaan bergaji tinggi
Isu Yang Dipertuan Besar jangan dipolitikkan, hormati proses berjalan: Khalid Samad
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat