Naib Presiden PAS, Mohd Amar Nik Abdullah.
Perikatan Nasional (PN) mengesahkan sudah mempunyai beberapa nama calon untuk mengisi jawatan Ketua Pembangkang, namun pengumuman rasmi masih belum dimuktamadkan.
Naib Presiden PAS, Mohd Amar Nik Abdullah berkata, proses pemilihan sedang berjalan dan tidak perlu disegerakan kerana Parlimen belum bersidang pada masa terdekat.
“Memang sudah ada dua, tiga nama calon, cuma belum dimuktamadkan. Keperluan itu tidak begitu mendesak kerana Parlimen pun belum bersidang dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis Aidilfitri di Kota Bharu hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan kelewatan menamakan Ketua Pembangkang memberi gambaran kurang baik terhadap kepimpinan blok pembangkang.
Menurut Mohd Amar, proses pemilihan memerlukan penelitian kerana jawatan Ketua Pembangkang memainkan peranan penting dalam sistem demokrasi negara, khususnya sebagai semak dan imbang terhadap kerajaan.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai nama-nama yang disebut-sebut bakal mengisi jawatan tersebut, termasuk Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.
“Saya tak tahu sebab bukan saya yang buat keputusan. Kita tunggu sahaja pengumuman rasmi nanti,” katanya.
Terdahulu Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, menyatakan rasa kecewa dengan Majlis Tertinggi PN kerana belum membuat pelantikan Ketua Pembangkang baharu.
Muhyiddin berkata, walaupun beliau sudah menghantar surat cadangan pelantikan jawatan itu sebelum ini, sehingga kini belum ada tindakan diambil.
“Sedangkan orang yang tak layak masih berlegar-legar di seluruh negara, menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang.
“Kalau sudah kosong, perlu isi tidakkah tidak ada calon sesuai? Jika sudah ada calon, tidak perlu menunggu Parlimen bersidang.
“Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan boleh menulis surat kepada Speaker untuk mencadangkan calon yang dipilih,” katanya sebelum ini.
Muhyiddin berkata kelewatan pelantikan Ketua Pembangkang baharu boleh menjejaskan maruah dan imej PN di mata rakyat.
PKR nafi dakwaan bertanding sendiri PRN Johor
Henti bertelingkah, utamakan kebajikan rakyat: Anwar
Khairy kembali UMNO sebab nak bertanding kerusi pilihan raya saja: Rafizi
Jangan hanya semasa senang saja nak bersama dengan BN: Zahid
Hisham bersyukur penggantungan ditarik balik, sedia bantu UMNO kembali
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan