DAP arah jentera bersedia hadapi tiga PRN mengejut

14 jam lalu · Politik

Anthony Loke mengarahkan seluruh jentera DAP supaya berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi kemungkinan pilihan raya negeri (PRN) mengejut di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pada masa terdekat.

Arahan itu dibuat selepas mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang berlangsung pada 4 Mei 2026 di ibu pejabat parti.

Menurut Setiausaha Agung DAP itu, mesyuarat tersebut turut membincangkan perkembangan terkini krisis politik di Negeri Sembilan yang mencetuskan spekulasi pembubaran Dewan Undangan Negeri.

“Semua jentera perlu bersedia lebih awal kerana kita tidak menolak kemungkinan berlakunya PRN mengejut sekiranya DUN dibubarkan,” katanya.

Pada masa sama, beliau menegaskan pendirian parti untuk terus menghormati institusi Raja Berperlembagaan serta segala adat dan undang-undang negeri.

Katanya, sebarang isu berkaitan institusi diraja dan Adat Perpatih perlu ditangani dengan penuh tertib serta mengikut lunas perlembagaan.

“DAP menjunjung kasih kepada Tuanku Muhriz Tuanku Munawir atas titah supaya pentadbiran negeri diteruskan seperti biasa di bawah Menteri Besar,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan sokongan berterusan parti terhadap Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun sekali gus menolak sebarang cadangan pertukaran kepimpinan ketika ini.

“DAP akan terus menyokong Aminuddin sebagai Menteri Besar dan tidak bersetuju dengan sebarang usaha menukar kepimpinan selepas cubaan menjatuhkan kerajaan sedia ada gagal,” katanya lagi.

Untuk rekod, ketidakstabilan politik di beberapa negeri sejak kebelakangan ini mencetuskan spekulasi mengenai kemungkinan PRN awal, terutama selepas beberapa peralihan sokongan dalam kalangan wakil rakyat.

Negeri Sembilan sebelum ini dianggap antara negeri yang stabil di bawah pentadbiran kerajaan perpaduan, namun perkembangan terbaru membuka ruang kepada kemungkinan perubahan landskap politik.

Berita berkaitan
Loke nafi tuduhan dana, sifatkan Chegubard buat fitnah besar
1 jam lalu· Politik
UMNO-PH capai kata sepakat kekalkan kerjasama di Negeri Sembilan
1 jam lalu· Politik
Pesta air: Akmal bidas Guan Eng patut malu sokong acara disko jalanan
10 jam lalu· Politik
DAP sifatkan Festival Bukit Bintang berjaya bantu peniaga kecil: Guan Eng
10 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Proses ambil keterangan Rafizi bersambung lagi pada hari ketiga: SPRM
1 jam lalu · Politik
PH-UMNO bertemu petang ini rungkai kemelut Negeri Sembilan: Saifuddin Nasution
10 jam lalu · Politik
UMNO sedia bertanding solo PRN Johor: UMNO Pasir Gudang
11 jam lalu · Politik
UMNO kekal bersama kerajaan Negeri Sembilan, tak jadi pembangkang: Zahid
11 jam lalu · Politik
PH dan UMNO bertemu malam ini bincang isu MB Negeri Sembilan: Laporan
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok